28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM baharu perlu miliki sokongan rentas parti, kata penganalisis

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perdana Menteri (PM) baharu yang bakal dilantik memerlukan kerajaan yang stabil bagi mentadbir ketika negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi rakyat, kata seorang penganalisis politik.

Sehubungan itu, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata, siapa sahaja Perdana Menteri yang bakal dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong nanti mestilah mendapat sokongan semua parti bukan hanya kalangan konsortium mereka sahaja.

“Misalnya Perdana Menteri itu datang dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim umpamanya, harapan saya adalah supaya sokongan juga datang dari UMNO, GPS Sawarak dan yang paling penting dari Perikatan Nasional (PN) kalau masih ada (selepas ini).

“Itu penting kerana Perdana Menteri yang baharu ini memerlukan kerajaan yang stabil,” katanya kepada Edisi 9 hari ini.

Beliau mengulas peletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pembubaran kerajaan Perikatan Nasional selepas beliau hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Advertisements

Yang di-Pertuan Agong hari ini perkenan menerima peletakan jawatan Muhyiddin dan Jemaah Kabinet dan melantik beliau sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga pelantikan baharu dibuat.

Azmi berkata, beliau yakin apabila jawatan Perdana Menteri itu kosong, ini akan memaksa semua parti untuk saling bekerjasama dan berkompromi untuk membentuk kerajaan.

“Apabila tiada penjawat jawatan itu (Perdana Menteri) sama ada PH, UMNO, GPS, Warisan mereka terpaksa berkompromi bertolak ansur supaya Perdana Menteri itu dapat dilantik.

“Tetapi satu hal yang saya pasti Tan Sri Muhyiddin tidak lagi menjadi Perdana Menteri selepas ini,” katanya.

Azmi turut berharap sekiranya ada pakatan baharu dibentuk untuk penubuhan kerajaan, satu perjanjian yang jelas perlu dibuat bagi mengelak berlaku masalah seperti mana ‘Sheraton Move’ sebelum ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan