31.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Prestasi pasaran buruh bertambah baik suku kedua 2021

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Prestasi pasaran buruh negara dijangka akan bertambah baik pada suku kedua 2021 dengan kadar pengangguran dianggarkan berada pada paras 4.6 peratus berbanding 4.8 peratus yang dicatatkan dalam suku pertama 2021 dan suku keempat 2020.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, unjuran itu terkandung dalam Laporan Quarterly Labour Market Perspectives – Stabilisation of Labour Market in the Post-Crisis Periods yang dikeluarkan hari ini olehPertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menurut beliau, laporan yang disediakan oleh Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan EIS-UPMCS (EU-ERA), sebuah pusat penyelidikan kolaboratif di antara Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO dan Universiti Putra Malaysia Consultancy & Services (UPMCS) ini mendapati bahawa prestasi pasaran buruh pada suku pertama 2021 menunjukkan situasi pemulihan yang stabil.

“Ini berdasarkan kadar pengangguran yang tidak berubah dan kekal stabil pada kadar purata 4.8 peratus untuk suku pertama 2021 dan suku keempat 2020
.
“Kestabilan ini disokong oleh penurunan kadar kehilangan pekerjaan dalam kalangan pekerja sektor swasta yang menyusut sebanyak 12 peratus,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Saravanan menambah, selain itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada suku pertama 2021 juga tidak menjejaskan pasaran buruh negara, hasil pendekatan pelaksanaan PKP yang lebih bersasar.

Baca juga:   140,608 hilang pekerjaan sejak pandemik COVID-19

Walau bagaimanapun, beliau berkata, sebahagian segmen pasaran buruh masih terkesan dan berada pada fasa awal pemulihan, terutamanya sektor pekerjaan informal dan sektor pelancongan.

Baca juga:   Kata dua kepada PM: Pemuda UMNO mahu saman media

“Laporan turut mendapati pemulihan pasaran kerja untuk suku pertama 2021 adalah berbentuk trapezoid, di mana ia menggambarkan trend ketidakseimbangan yang kekal di antara pencari kerja dan peluang pekerjaan.

“Ini menunjukkan situasi pasaran buruh negara tidak berubah berbanding suku keempat 2020, di mana terdapat lebihan bekalan pekerja berbanding dengan kekosongan jawatan yang sedia ada.

“Manakala, penciptaan peluang pekerjaan bagi kategori profesional, pengurus, eksekutif dan juruteknik (PMET) diunjurkan berkembang perlahan berbanding bilangan pencari kerja untuk kategori yang sama,” jelasnya.

Saravanan memberitahu, laporan itu juga menjangkakan bahawa impak pelaksanaan PKP penuh yang bermula sejak 1 Jun 2021 ke atas pasaran buruh hanya dapat dilihat pada suku ketiga 2021.

Selain itu, menurut beliau, langkah prihatin kerajaan baru-baru ini dengan memperkenalkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dalam usaha menstabilkan pasaran buruh negara menerusi pelaksanaan inisiatif seperti Program Upah Subsidi (PSU) 4.0, program PenjanaKerjaya 3.0 dan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), dijangka dapat membantu mengurangkan impak pelaksanaan PKP penuh.

“Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia yang berperanan sebagai peneraju pembangunan dan pengurusan sumber manusia akan sentiasa memantau keadaan pasaran buruh negara dari semasa ke semasa.

“Pada masa yang sama, kementerian juga akan melaksanakan pelbagai intervensi yang bersesuaian untuk terus mempergiat proses pemulihan negara khususnya dalam memangkin pasaran buruh negara,” katanya.

Baca juga:   Pekerja Indonesia ditipu majikan, jadi buruh paksa
Baca juga:   PN letak calon berpengalaman dan muka baharu PRN Melaka

Laporan Quarterly Labour Market Perspectives – Stabilisation of Labour Market in the Post-Crisis Periods suku pertama 2021 boleh diperolehi di pautan https://eiscentre.perkeso.gov.my. – EDISI 9

Terkini

Kabinet lulus 90.5 peratus, laksana hanya 23.2 peratus – Muhyiddin

KABINET hanya dapat melaksanakan 16 perakuan utama atau 23.2 peratus berkaitan inisiatif-inisiatif yang berorientasikan tindakan (action-oriented) dan segera (immediate)...

Lagi Artikel Berkaitan