24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM akan bertemu wakil industri, dewan perniagaan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil sektor perindustrian, dewan perniagaan dan usahawan belia dalam masa terdekat.

Menurut beliau, pertemuan itu bagi mendapatkan kerjasama mereka dalam usaha kerajaan memulihkan ekonomi negara yang terjejas teruk berikutan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, pertemuan itu juga berikutan pasaran pelaburan yang telah menunjukkan kadar pertumbuhan yang amat memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

“Salah satu dari misi utama pihak kerajaan adalah untuk mengembalikan ekonomi negara di landasan yang betul setelah terjejas sebegitu lama akibat pandemik COVID-19.

Advertisements

“Saya yakin faktor kestabilan politik dan kadar vaksinasi yang semakin tinggi dan meluas menjadi pemangkin untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan bakal dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Insha Allah,” kata beliau menerusi Facebooknya hari ini.

Perdana Menteri mengulas perkembangan Bursa Malaysia yang menunjukkan peningkatan sejak beliau mengambil alih pentadbiran kerajaan pada 21 Ogos lalu.

Hari ini, pasaran tempatan berakhir tinggi dengan melepasi 1,600 mata kerana didorong pelbagai perkembangan positif terutama kemelut politik yang semakin reda dan keyakinan pembukaan semula sektor ekonomi.

Indeks utama FBM KLCI ditutup 11.22 mata atau 0.71 peratus kepada 1,801.38 mata setelah bergerak dalam jajaran 1,592.1 hingga 1,604.9 mata sepanjang hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan