24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Muhyiddin harap jemaah menteri teruskan pemulihan negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap barisan jemaah menteri dapat meneruskan agenda memulihkan negara dan membela nasib rakyat sepertimana digariskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Menurut beliau, tugas tersebut perlu dijalankan dengan penuh amanah dan berintegriti demi kepentingan rakyat dan negara.

“Saya berharap Jemaah Menteri yang baru dilantik akan memberikan tumpuan segera kepada usaha-usaha untuk memulihkan negara daripada wabak Covid-19, menyalurkan bantuan kepada golongan rakyat yang memerlukan dan memacu pertumbuhan ekonomi.

“Program-program bantuan prihatin rakyat juga mesti diteruskan untuk membantu golongan yang memerlukan dalam fasa pemulihan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut mendoakan agar jemaah menteri diberikan hidayah dan inayah sepanjang menjalankan tugas masing-masing.

Hari ini, para jemaah menteri yang mengangkat sumpah jawatan dan setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Di Istana Negara.

Bagaimanapun istiadat tersebur tidak disertai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memulakan kuarantin wajib berikutan mempunyai kontak rapat dengan seorang positif COVID-19.

Advertisements

Pada masa yang sama, Muhyiddin turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ismail Sabri atas pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri dari parti-parti komponen PN.

“Sesungguhnya pelantikan ini adalah suatu amanah berat yang mesti dipikul dengan penuh jujur, ikhlas dan berintegriti selaras dengan prinsip Rukun Negara dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Menurutnya, sebagai badan yang menjalankan fungsi Eksekutif Persekutuan, Jemaah Menteri adalah badan tertinggi yang memutuskan dasar-dasar kerajaan untuk dilaksanakan di setiap peringkat kerajaan.

“Maka, fungsi ini mestilah dilaksanakan dengan penuh wibawa demi kepentingan rakyat dan negara.

Selain itu menurutnya, program vaksinasi juga telah menunjukkan pencapaian menggalakan dengan lebih 62 peratus populasi dewasa setakat ini telah menerima dua dos suntikan lengkap vaksin mesti dipastikan terus berjalan lancar dan mencapai sasaran ditetapkan.

“Begitu juga dengan pembukaan sektor-sektor ekonomi mengikut fasa-fasa dalam Pelan Pemulihan Negara mesti dilaksanakan dengan teratur tanpa menjejaskan sasaran pemilihan negara daripada wabak Covid-19,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan