26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PPV Educity terima 70,000 dos vaksin Khamis ini – TMJ

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim bertitah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Educity akan mendapat 70,000 dos vaksin Khamis ini.

Terdahulu, Tunku Ismail menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berhubung isu kekurangan vaksin di negeri berkenaan.

Menurut kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook baginda, perjumpaan berkenaan adalah untuk mendapat laporan terkini mengenai isu kekurangan vaksin di PPV Educity, pembatalan temu janji untuk vaksinasi dan program vaksinasi pekerja kilang.

“Susulan perjumpaan ini, PPV Educity akan mendapat 70 ribu dos vaksin pada hari Khamis ini.

“Inisiatif Pemimpin Advokasi Covid-19 (IPA-C) juga telah dimulakan dengan kerjasama kerajaan negeri Johor, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), dan pemimpin komuniti tempatan untuk melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan, pematuhan SOP dan membantu melaksanakan ujian saringan secara bersasar,” titah baginda hari ini.

Turut hadir dalam perjumpaan berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Datuk Mohd Noh Ibrahim; Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Datuk Osman; serta Exco Pelancongan, Belia dan Sukan, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Advertisements

Tunku Ismail bertitah, Kerajaan negeri juga telah menyediakan khemah yang lebih besar untuk Covid-19 Temporary Treatment Centre (CTTC) berhadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

Menurut baginda, JKNJ juga telah memulakan sistem perkhidmatan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) secara maya (VCAC) bagi membolehkan pesakit mendapatkan perkhidmatan kesihatan di rumah masing-masing.

“Adalah hasrat saya perjumpaan ini dapat membuka ruang untuk mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi oleh program vaksinasi di Johor supaya rakyat dapat diberi vaksin secepat mungkin,” titahnya.

Untuk rekod, hanya 46.1 peratus penduduk Johor sudah menerima dos lengkap vaksin, manakala 76.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, semalam.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan