24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Mahdzir akan guna pengalaman perkasa masyarakat luar bandar

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Datuk Seri Mahdzir Khair menanam iltizam untuk menggunakan segala pengalamannya dalam kerajaan bagi memperkasa masyarakat luar bandar.

Beliau yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Kedah dan Menteri Pelajaran berkata, ini kerana pemerkasaan masyarakat luar bandar merupakan agenda utama bagi kementerian tersebut.

“Saya juga beriltizam untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh keikhlasan, jujur dan berintegriti demi memastikan negara kita terus bergerak maju ke hadapan terutama dalam usaha kita menangani pandemik Covid-19 dan juga Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memulakan tugasnya sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar yang baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mahdzir menjadi Menteri Besar Kedah dari tahun 2005 hingga 2008 dan sebagai Menteri Pelajaran ketika kerajaan Barisan Nasional (PN).

Naib Presiden UMNO ini dilantik sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum dilantik semula ke dalam Kabinet oleh Ismail Sabri.

Advertisements

Mahdzir berkata, beliau menerima pelantikan itu sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul demi memastikan kelancaran pentadbiran negara dan juga kemajuan luar bandar serta masyarakatnya.

“Dengan rasa rendah diri, saya memohon seluruh rakyat Malaysia mendoakan semoga segalanya dipermudahkan dan negara kita berjaya bangkit dan pulih daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang dihadapi sekarang dalam tempoh masa terdekat,” katanya.

Sebelum itu, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan dan bersyukur kepada Allah atas pelantikan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.

“Tidak lupa juga saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pucuk pimpinan UMNO khususnya Presiden, DatukSeri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan juga seluruh kepimpinan parti.

“Juga ucapan terima kasih saya kepada rakan-rakan Ahli Parlimen, pimpinan parti-parti politik dan seluruh warga Malaysia yang dikasihi sekalian,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan