27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pesakit COVID-19 berkurang, HTAR pulangkan mesin oksigen

Mesti Baca

KLANG – Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini yang bulan lalu menghadapi saat genting berikutan peningkatan kes COVID-19 mendadak, kini sudah dapat menarik nafas lega.

Ini berikutan jumlah pesakit kritikal akibat jangkitan virus tersebut yang dimasukkan ke hospital berkenaan sudah semakin menurun.

Sehubungan itu, semalam, HTAR membuat keputusan untuk memulangkan semula 80 unit mesin Oxygen Concentrator yang dipinjamkan daripada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) MAEPS 2.0, Serdang.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak PKRC MAEPS 2.0, khusus kepada Pengarahnya, Dr. Shahabuddin Ibrahim atas pinjaman sebanyak 80 unit mesin Oxygen Concentrator kepada HTAR sepanjang tempoh bencana.

“Pihak HTAR memutuskan untuk memulangkan semula peralatan tersebut memandangkan jumlah pesakit COVID-19 di hospital ini semakin menurun,” kata HTAR menerusi Facebooknya.

HTAR berkata, bahagian Logistik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima dan akan menyusun semula keperluan peralatan berkenaan untuk kegunaan negeri-negeri lain yang mengalami peningkatan kemasukan pesakit secara mendadak.

Advertisements

“Segala sumbangan dan sokongan daripada pihak luar ke HTAR amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih,” katanya.

Minggu lalu, Pengarah HTAR Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, jumlah kemasukan harian pesakit COVID-19 bagi menerima rawatan telah berkurangan daripada kira-kira 400 sehari kepada sekitar 170 pesakit sahaja.

Beliau berkata, jumlah pesakit yang menerima rawatan itu juga sudah menyusut berbanding lebih 1,000 pesakit dengan kemuncaknya pada Julai lepas, namun kini berkurangan kepada 900 orang sahaja.

Penurunan kes-kes pesakit kritikal kategori 3 hingga 5 di beberapa hospital COVID-19 termasuk HTAR adalah satu kejayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menangani wabak tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan