26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

GPS percaya kemampuan Ismail Sabri, ajak semua bekerjasama

Mesti Baca

CYBERJAYA – Gabungan Parti Sarawak (GPS) percaya dengan kemampuan yang dimiliki oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengetuai negara dalam situasi kritikal kerana pandemik dan masalah ekonomi.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berharap semua pihak termasuk pembangkang untuk berlapang dada menerima Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

“Kita harus mengenepikan segala perbezaan ketika ini dan bersama-sama memberi tumpuan kepada isu lebih utama iaitu kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan rakyat selain pemulihan ekonomi negara akibat pandemik COVID-19.

“GPS percaya dengan kemampuan Ismail Sabri dan memberi sokongan penuh kepada beliau untuk menerajui negara menuju ke arah pemulihan seterusnya keluar daripada krisis yang sedang melanda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alexander berkata, GPS percaya pemilihan yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebulan lalu itu amat tepat ketika negara berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi.

Hal ini memandangkan beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran negara termasuk menjawat Menteri Kanan Pertahanan, iaitu antara menteri yang bertanggungjawab menguruskan pandemik COVID-19 selama 17 bulan.

Advertisements

Malah kata Alexander, Ismail Sabri juga pernah menjawat beberapa jawatan menteri sejak 2008 lagi antaranya Menteri Belia dan Sukan; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Saya sendiri pernah bekerja bersama dengan Ismail Sabri ketika beliau menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebagai timbalannya dan secara peribadi saya amat mengagumi kepimpinan beliau.

“Beliau juga sangat dekat serta mesra dengan masyarakat di semua peringkat di bandar dan luar bandar, termasuk penduduk di Sarawak,” katanya.

Menceritakan kejadian tahun 2010 ketika Ismail Sabri mengadakan lawatan ke Kapit, Sarawak, Alexander berkata, beliau melihat bakal perdana menteri itu tidak kekok mendekati rakyat di sana.

Ismail Sabri juga kelihatan selesa bermalam serta melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di sana, termasuk program kemasyarakatan yang
diadakan di Dewan Suarah, Kapit. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan