31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemberian vaksin di Malaysia cecah 34 juta dos

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 361,381 dos vaksin diberikan semalam melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 34,388,929 dos.

Melalui perkongsian media sosial Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) setakat pukul 11.59 malam tadi, sebanyak 181,281 menerima suntikan dos pertama dan 180,100 bagi dos kedua.

Jumlah peratusan vaksinasi terkini bagi populasi di negara ini juga mencatatkan peningkatan dengan sebanyak 83.6 peratus atau 19,560,239 individu sudah melengkapkan dos pertama, manakala, 63.3 peratus atau 14,828,690 individu lengkap dua dos vaksin COVID-19.

Peratusan Vaksinasi Populasi Dewasa Malaysia. Sumber: JKJAV

Labuan mencatatkan peratusan vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa tertinggi mengikut negeri iaitu sebanyak 93.5 peratus, diikuti Lembah Klang (91.1 peratus), Sarawak (86.8 peratus), Negeri Sembilan (78.4 peratus) dan Perlis (66.1 peratus).

Sementara itu, Johor mencatatkan pecutan jumlah pemberian vaksin harian apabila sebanyak 31,363 dos pertama dicatatkan, manakala, 26,615 dos kedua dicatatkan.

Negeri kedua kadar vaksinasi harian tertinggi pula ialah Sabah apabila sebanyak 17,728 dos pertama dicatatkan, manakala, 21,000 dos kedua dicatatkan.

Kedah pula muncul negeri ketiga kadar vaksinasi harian tertinggi apabila sebanyak 21,385 dos pertama dicatatkan, manakala, 15,726 dos kedua dicatatkan.

Laporan harian pemberian vaksin mengikut negeri. Sumber: JKJAV

Manakala Selangor pula negeri keempat tertinggi kadar vaksinasi harian iaitu sebanyak 6,937 dos pertama dicatatkan, manakala, 28,444 dos kedua dicatatkan.

Perak pula muncul negeri kelima tertinggi kadar vaksinasi harian iaitu sebanyak 22,763 dos pertama dicatatkan, manakala, 11,482 dos kedua dicatatkan.

Kuala Lumpur pula negeri keenam tertinggi kadar vaksinasi harian iaitu sebanyak 10,983 dos pertama dicatatkan, manakala, 22,807 dos kedua dicatatkan.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu enam negeri yang kadar vaksinasinya rendah, mencapai lebih 50 peratus suntikan menjelang hujung bulan depan, iaitu Terengganu, Perak, Johor, Kedah, Kelantan dan Sabah.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan