29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

18,295,014 individu lengkap dos, 78.2% populasi dewasa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 terus meningkat dengan seramai 18,295,014 orang setakat semalam.

Jumlah itu bersamaan 78.2 peratus populasi dewasa telah lengkap vaksinasi atau 56.0 peratus populasi keseluruhan.

Manakala, seramai 21,938,426 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 atau bersamaan 93.1 peratus populasi dewasa (67.2 peratus populasi keseluruhan)

Sehingga 18 September, 11.59 malam, sebanyak 40,155,975 jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada rakyat Malaysia.

Peratusan populasi dewasa bagi dos pertama suntikan vaksin di Negeri Sembilan terus mencatatkan peningkatan dengan merekodkan sebanyak 101.1 peratus (93.1 peratus dos kedua).

Advertisements

Dengan perkembangan yang baik itu, Negeri Sembilan bakal beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) seminggu lagi.

Sementara itu, semalam sahaja jumlah pemberian harian dos vaksin negara adalah sebanyak 232,559 dos.

Daripada jumlah itu, sebanyak 73,106 bagi dos pertama manakala sebanyak 159,453 dos kedua vaksin COVID-19.

Johor terus merekodkan jumlah pemberian harian vaksin tertinggi dengan sebanyak 7,458 dos pertama dan sebanyak 35,327 dos kedua.

Sementara, Putrajaya merekodkan sifar pemberian kedua-dua vaksin COVID-19 – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan