27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

11,339 pesakit COVID-19 aktif diwad, 324 kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sejumlah 11,339 pesakit COVID-19 aktif diwadkan menerusi data laman web COVIDNOW yang dikeluarkan setakat semalam.

Ia membabitkan peratusan sebanyak 66.6 peratus kadar penggunaan bagi pesakit atau (68.6 peratus keseluruhan)

Pesakit COVID-19 yang aktif menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula berjumlah 1,165 orang dengan kadar penggunaan 72.3 peratus atau (75.1 peratus keseluruhan).

Sementara, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan yang aktif adalah seramai 690 orang, menurun berbanding kelmarin dengan seramai 708 orang dengan kadar penggunaan keseluruhan sebanyak 50.6 peratus.

Advertisements

Semalam sahaja, sebanyak 324 kes kematian direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 23,067 kes kematian COVID-19 dilaporkan sehingga kini.

Sebanyak 70 kes pula meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan jumlah kematian BID sebanyak 4,397 kes.

Terdapat 219,359 kes aktif melibatkan 182,857 kes dikuarantin di rumah, 23,998 kes, di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC), 11,339 kes di hospital, 475 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 690 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan sebanyak 15,549 kes positif COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kes di seluruh negara mencecah 2,082,876 kes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan