25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Menteri ‘geram’ berikutan berita palsu kes COVID-19 di Langkawi

Mesti Baca

CYBERJAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri seolah-olah geram dengan tindakan segelintir masyarakat yang menyebarkan berita palsu mengenai peningkatan kes COVID-19 di Langkawi sejak pulau tersebut menjadi perintis gelembung pelancongan.

Tidak tahan dengan pelbagai kisah tidak benar mengenai peningkatan wabak tersebut di Pulau Lagenda itu walhal gelembung pelancongan hanya baharu bermula 16 September lalu, pihaknya telah membuat laporan polis.

“Laporan polis tentang penyebaran berita palsu ini sedang dibuat. Ia memberi tanggapan negatif projek rintis gelembung pelancongan Langkawi dan boleh menganggu ketenteraman orang ramai khususnya penduduk Langkawi.

“Orang ramai diingatkan tidak menyebarkan berita palsu seperti ini,” katanya menerusi beberapa ciapan di twitternya malam tadi.

Nancy menjelaskan hanya mereka yang didapati negatif dibenarkan meneruskan perjalanan ke Langkawi manakala mereka yang positif tidak dibenar berbuat demkian.

Malah katanya, kes-kes positif akan diberikan Home Surveillance Order untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 10 hari.

Bagaimanapun Nancy dilihat ‘geram’ kerana pelbagai berita palsu masih tersebar walaupun penjelasan sudah diberikan melalui pelbagai saluran media.

Antara berita palsu dan penjelasan Jabatan Kesihatan Kedah mengenai situasi COVID-19 di Langkawi.

“Saya ingatkan sekali lagi, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada pihak yang menyebarkan berita palsu!,” katanya.

Baca juga:   Agensi pelancongan tipu jemaah haji ada lesen MOTAC

Penjelasan turut diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah bahawa 57 kes COVID-19 di Langkawi pada 17 September lalu adalah kes tempatan dan tidak melibatkan pelancong.

Baca juga:   Malaysia terus majukan hubungan dengan Thailand - Anwar

Sementara itu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, pihaknya telah membuat laporan polis terhadap dua pengguna media sosial kerana menyebarkan berita palsu mengenai kesesakan teruk di Jeti Perlis.

MOTAC mendakwa laporan berita yang dikongsi Mohd Zuhnun dan Peter Tan Pei Teik yang menggambarkan orang ramai bersesak di jeti Kuala Perlis dan Langkawi adalah tidak benar.

Katanya, gambar yang tular tersebut diambil daripada berita yang disiarkan pada 20 Ogos tahun lalu.

“MOTAC menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh kedua-dua pemilik akaun tersebut amatlah tidak bertanggungjawab serta boleh mengelirukan orang ramai.

“Paparan tersebut juga boleh mencemarkan imej kerajaan serta memberikan tanggapan negatif berhubung projek rintis gelembung pelancongan Langkawi,” kata kementerian itu menerusia Facebooknya.

Laporan polis dibuat semalam di Balai Polis Bandar Baru Bangi, Selangor bagi membolehkan pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas sekiranya hasil siasatan membuktikan kedua-dua pemilik akaun tersebut telah melakukan kesalahan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Musim meroyan dalam kalangan bekas pemimpin UMNO

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sindiran mengatakan musim meroyan dapat dilihat berlaku...

Lagi Artikel Berkaitan