24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Polis ubah klasifikasi kes pukul pengawal kepada Seksyen 302

Mesti Baca

IPOH – Polis mengklasifikasikan semula kes pengawal keselamatan dipukul pada 29 Disember tahun lalu daripada Sekyen 335 kepada 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kes tersebut diklasifikasikan semula kepada membunuh apabila mangsa meninggal dunia Jumaat lalu.

“Berikutan kematian pengawal keselamatan pada 27 Ogos 2021 akibat dipukul pada 29 Disember 2020 yang lalu, pihak polis telah merujuk semula kes berkenaan kepada pihak pendakwa raya hari ini dengan mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan malm tadi.

Mior Faridalathrash berkata, di bawah kanun tersebut jika disabitkan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Bagaimanapun, beliau berkata, kes tersebut masih menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwa raya.

“Pihak polis memandang serius aktiviti jenayah yang berlaku dan tindakan tegas akan dilaksanakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan jenayah yang mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dengan adil, teus dan saksama,” katanya.

Advertisements

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut bagi mengelak daripada mendatangkan keresahan dan kemarahan masyarakat,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu tular rakaman video CCTV menunjukkan seorang lelaki memukul pengawal keselamatan dengan sebuah meja di hadapan anak lelakinya.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah kondominium di sini dan akibat pukulan itu pengawal tersebut tidak sedarkan diri.

Mior Faridalathrash sebelum ini mengesahkan kejadian tersebut berlaku tahun lalu dan suspek sudah ditangkap dan dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan pada 6 Januari lalu.

Kejadian berpunca daripada tindakan suspek yang tidak berpuas hati terhadap mangsa kerana cuba menghalang anaknya daripada menggunakan kolam renang yang ketika itu tidak dibuka kepada orang ramai.

Kes tersebut sepatutnya disebut semula pada 9 September ini bagi tujuan sabitan hukuman. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan