27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Masyarakat perlu bertanggungjawab di tempat awam – Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan masyarakat supaya sentiasa mengambil langkah proaktif dan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan terpelihara apabila berada di khalayak ramai termasuk di masjid dan di kawasan awam lain.

Menerusi perkongsian hantaran di Facebook beliau berkata, berdoalah agar kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari virus COVID-19 dan diberi kekuatan untuk menempuh ujian, cabaran dan rintangan daripada pandemik ini. 

“Mudah-mudahan keadaan akan beransur pulih dan negara Malaysia yang kita cintai ini akan sentiasa aman, makmur dan bangkit menjadi lebih kuat dari sebelumnya, Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Beliau berkata, Alhamdulillah, hari ini dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara bersama jemaah yang lain di bawah pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang teratur dan ketat.

Dalam pada masa sama, Muhyiddin turut mengajak umat Islam agar terus berdoa agar kehidupan lebih tenang dan bermakna.

Advertisements

“Usah berhenti berdoa mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT. Itulah sifat hamba-Nya yang tidak mempunyai sebarang kuasa melainkan atas kurniaan yang Maha Esa.

 “Jika kita sentiasa berpandu kepada jalan Allah, Al-Quran dan Sunnah, saya yakin dan percaya hidup kita akan lebih tenang dan bermakna.

Do not do what you feel is right. Do what Allah say is right. Do what is right. Kepada Allah SWT jualah kita berserah,” katanya.

Baru-baru ini kerajaan memberi kelonggaran kepada penerima dos lengkap untuk menunaikan solat di masjid-masjid bagi negeri-negeri dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagaimanapun jemaah masih diwajibkan mematuhi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan