24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Lebih 28 juta penerima vaksin, setakat semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 28,312,631 dos diberi kepada penerima vaksin yang melibatkan dos pertama dan dos kedua menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dalam satu perkongsiannya di laman Twitter.

Daripada jumlah itu, sebanyak 17,252,314 bagi dos pertama manakala sebanyak 11,060,317 bagi dos kedua.

Advertisements

Tiga negeri mencatatkan jumlah terbesar iaitu Lembah Klang, Sarawak dan diikuti Johor dengan iaitu sebanyak 4,246,315, 1,664,749 dan 794,195 bagi dos kedua manakala 6,508,470. 1,822,036, serta 1,658,080 bagi dos pertama.

Negeri lain pula mencatatkan jumlah 651,616 (Sabah), 393,669 (Pahang), 369,533 (Kelantan), 674,718 (Perak), 525,078 (Negeri Sembilan), 489,987 (Kedah), 521,268 (Pulau Pinang), 293,319 (Terengganu), dan 61,188 (Labuan) bagi dos kedua.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan seratus peratus populasi dewasa di Malaysia dijangka melengkapkan dos vaksin COVID-19, pada Oktober ini berikutan sasaran pencapaian program vaksinasi negara dipercepatkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan