25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

COVID-19: Kanak-kanak lebih berisiko sebabkan jangkitan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

OTTAWA – Jabatan Kesihatan Awam Ontario, Kanada menerusi kajiannya mendapati golongan kanak-kanak lebih berisiko menyebabkan jangkitan wabak Covid-19 berbanding golongan remaja.

Memetik Utusan Online, lapor Daily Mail, pasukan penyelidik mendapati golongan kanak-kanak di bawah umur tiga tahun, berisiko 1.4 kali ganda lebih mudah menyebarkan jangkitan kepada seisi keluarga berbanding yang berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Katanya, kanak-kanak lebih cenderung menyebarkan virus kepada individu berumur antara 20 hingga 40 tahun, sementara, remaja menjangkiti individu lain berusia antara 40 hingga 60 tahun.

Kajian tersebut mencadangkan supaya golongan ibu bapa dan penjaga memakai pelitup muka semasa menjaga anak mereka yang sakit di rumah supaya tidak menyebarkan jangkitan kepada adik beradik lain sehingga sembuh.

Langkah itu perlu diamalkan walaupun kadar jangkitan dalam kanak-kanak tidak setinggi jangkitan dalam kalangan golongan dewasa.

Advertisements

Semasa pandemik mula melanda dan perintah sekatan pergerakan serta arahan kekal berada di rumah dikeluarkan, ujian calitan hanya difokuskan kepada petugas kesihatan dan individu yang mempunyai simptom Covid-19.

Perkara itu menyebabkan bilangan kanak-kanak yang didiagnosis lebih sedikit dan kajian mengenai risiko golongan itu menjadi penyebar virus tidak banyak.

Sampel kajian melibatkan sebanyak 6,200 isi rumah dengan anak mereka yang disahkan positif COVID-19 antara 1 Jun hingga 31 Disember tahun lalu.

Responden dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu berumur kosong hingga tiga tahun, empat hingga lapan tahun, sembilan hingga 13 tahun serta 14 hingga 17 tahun.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan