31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, October 25, 2021

Ab Ghani ganti Hamidin Presiden MFL

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Ab Ghani Hassan dipilih sebagai Presiden baharu Malaysian Football League (MFL) menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin yang melepaskan jawatannya 12 Ogos lalu.

MFL dalam satu kenyataan berkata, pemilihan Ab Ghani yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MFL diputusan oleh ahli-ahli lembaga pengarah MFL yang bermesyuarat secara maya, semalam.

“Pemilihan Ab Ghani merupakan satu langkah dinamik memandangkan beliau adalah CEO MFL dan sudah tentu lebih arif dalam sistem pengurusan Liga Malaysia.

“Kami percaya beliau dapat meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Hamidin untuk memacu MFL ke arah lebih cemerlang dan positif,” katanya dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan menerusi Facebook, semalam.

Hamidin dipilih sebagai Presiden MFL selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan selaku Pengerusi MFL pada September 2019.

Sepanjang menjadi Presiden MFL, Hamidin yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah berjaya membawa masuk kembali penaja utama, Telekom Malaysia (TM) selain penaja baharu CIMB Bank yang julung kali menjadi penaja utama saingan Liga Super pada tahun 2020.

Baca juga:   Manchester United boleh lupakan Sancho

Beliau juga berusaha keras memastikan kelangsungan Liga Malaysia 2021 selepas kalendar Liga Malaysia 2020 terpaksa dipendekkan akibat pandemik COVID-19.

Hamidin bagaimanapun memaklumkan untuk melepaskan jawatannya itu ketika Kongres FAM pada Mac lalu untuk memberi tumpuan kepada badan bola sepak negara itu.

Baca juga:   Manchester United boleh lupakan Sancho

Sementara itu, Ab Ghani pula telah bersama dalam pengurusan tertinggi MFL sejak 17 April 2019 apabila dipilih menjadi Ahli Lembaga Pengarah MFL.

Sebelum dilantik CEO MFL 1 Mac 2020, beliau memangku jawatan itu sejak Disember 2019 seleas peletakan jawatan Kevin Ramalingam.

Ab Ghani yang merupakan bekas pemain Negeri Sembilan menjadi individu keempat yang dipilih sebagai Presiden MFL selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustaffa Billah Shah, Tunku Ismail dan Hamidin.

Ab Ghani akan memangku tugas CEO sehingga pemilihan baharu bagi mengisi jawatan itu dibuat. – Edisi 9

Terkini

4,782 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan hari ini

SEJUMLAH 4,782 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...

Lagi Artikel Berkaitan