34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ketepi perbezaan politik, tumpu lawan pandemik – Permas

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) mencadangkan agar semua pihak mengetepikan segala perbezaan politik terlebih dulu dan berganding bahu bagi memastikan negara menang melawan pandemik COVID-19.

Presidennya, Ismail Awang berkata, semua pihak terutamanya parti politik perlu berhenti berbalah sementara menunggu usul percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan dibentangkan di Parlimen, September depan.

“Ia penting bagi memastikan negara tidak terus berada dalam keadaan tidak stabil, huru hara sehingga menyebabkan pentadbiran sedia ada terjejas kerana sudah pasti rakyat akan menjadi mangsa.

“Sokongan perlu diberikan kepada kerajaan dalam tempoh yang ada ini sepertimana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustaffa Billah Shah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Permas
ISMAIL AWANG

Menurut beliau, pelbagai pandangan diberikan termasuk oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, ternyata membuktikan semua pihak resah dengan kemelut politik yang melanda negara.

Ismail berkata, sebagai salah sebuah NGO yang aktif dalam masyarakat, PERMAS juga gusar akan berlaku perpecahan yang teruk khususnya bagi orang Melayu, hanya kerana ingin memenangkan kelompok tertentu.

“Sudah pasti ia bukanlah satu perkembangan yang sihat apatah lagi ketika tumpuan kerajaan ketika ini terarah kepada bagaimana untuk melawan COVID-19 yang semakin membimbangkan,” jelasnya. – EDISI 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan