26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Kes COVID-19 di Thailand lepasi 600,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BANGKOK – Kes COVID-19 di Thailand sudah mencecah 615,314 selepas 18,027 lagi kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Memetik laporan Bernama, sementara itu 133 lagi kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan korban 4,990 setakat ini.

Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19(CCSA) memaklumkan kes jangkitan baharu itu termasuk 2,514 melalui pengesanan kes aktif  dan dua kes import  masing-masing satu kes membabitkan warga Australia dan Britain yang masuk ke negara ini dibawah inisiatif ‘Phuket Sandbox’.

Menurut CCSA,  korban baharu itu melibatkan 78 lelaki dan 55 wanita termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang menghidap limfoma dan masing-masing dua warga China dan Myanmar.

Bangkok, terus mendahului senarai dengan 2,899 kes baharu dan 61 kematian.

Memandangkan peningkatan kes kematian COVID-19 , Hospital Universiti Thammasat di Bangkok mula menggunakan dua kontena khas untuk menyimpan mayat,memetik Reuters.

Sejak wabak melanda bilik mayat hospital itu menguruskan lebih 10 mayat setiap hari.

Sementara itu, Thailand akan melanjutkan sekatan di Bangkok dan beberapa wilayah lain yang berisiko untuk tempoh dua minggu lagi.

Advertisements

Penolong jurucakap CCSA Dr Apisamai Srirangsan berkata, sekatan itu termasuk perintah berkurung dari 9 malam hingga 4 pagi.

“Sebelum ini perintah berkurung dikenakan ke atas 13 wilayah kini ia akan diperluaskan kepada 29 wilayah bermula 3 hingga 18 Ogos.

Beliau berkata, perhimpunan melebihi lima orang tidak dibenarkan di 29 wilayah itu.

Semua pusat membeli-belah , tempat urut, salun kecantikan dan tempat sukan akan ditutup manakala pasaraya dan farmasi dibuka sehingga 8 malam , sementara restoren hanya menerima pesanan untuk bawa pulang.

“Sekatan itu akan disemak semula setiap dua minggu. Namun kemungkinan besar ia akan dilanjutkan lagi hingga akhir bulan,”katanya pada sidang media di sini.

Dr Apisamai berkata,startegi ‘gelembung dan tutup’ di tapak pembinaan , kem pekerja dan kilang akan diperketatkan lagi.

Thailand melaksanakan strategi itu pada bulan lalu bagi mengekang penularan COVID-19 di tapak pembinaan dan kilang, namun pihak berkuasa kesihatan mendapati lebih banyak kluster muncul kerana ramai pekerja menyelinap keluar.   

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan