24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

MAIS seru semua pihak hormat bacaan al-Fatihah

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyeru kepada semua pihak termasuk umat Islam dan orang bukan Islam agar sentiasa menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti bacaan surah al-Fatihah dan ayat-ayat suci al-Quran sama ada dalam majlis rasmi atau majlis tidak rasmi.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berpandangan, hal ini perlu lebih diberi penekanan yang penting apabila bacaan surah al-Fatihah dan ayat-ayat suci al-Quran dilaksanakan khusus kepada umat Islam yang telah meninggal dunia seperti kematiannya akibat daripada pandemik COVID-19, kemalangan dan sebagainya.

Menurut beliau, dalam Islam turut mengajarkan hormat menghormati di antara satu sama lain adalah sangat penting dalam tuntutan memuliakan, menghormati dan berkasih sayang sesama manusia.

Abdul Aziz turut berkongsi hadir daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi.” (Riwayat al-Bukhari)

“Di negara Malaysia, amalan dan budaya masyarakat yang saling hormat menghormati dan hak kebebasan untuk beragama serta mengiktiraf Islam sebagai agama negara perlu dijadikan sebagai agenda utama dalam memastikan talian persaudaraan terus utuh dalam kalangan rakyat yang berbilang agama dan bangsa.

“Situasi hormat menghormati ini seiring dengan Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua masyarakat di Selangor khususnya dan Malaysia amnya agar sentiasa menghormati agama Islam serta mengurangkan perkara yang melibatkan sensitiviti dan perpecahan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Advertisements

Banyak pihak khususnya rakyat kesal dengan sikap biadab beberapa wakil pembangkang termasuk dari DAP dalam sidang khas Dewan Rakyat pada 26 Julai lalu yang menjerit-jerit ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak semua Ahli Parlimen bertafakur dan membacakan surah al-Fatihah untuk semua mangsa COVID-19 yang telah meninggal dunia.

Antara yang dilihat berbuat demikian ialah Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Mereka berterusan membangkitkan Peraturan Mesyuarat ketika Muhyiddin membaca al-Fatihah untuk mangsa-mangsa COVID-19.

Fatihah DAP biadab
Gelagat wakil-wakil pembangkang yang menjerit-jerit ketika Perdana Menteri mengajak semua Ahli Parlimen bertafakur dan membaca al-Fatihah dapat dilihat dalam siaran langsung sidang khas Dewan Rakyat, 26 Julai lalu.

Sikap wakil-wakil pembangkang terbabit dapat diperhatikan oleh rakyat yang mengikuti siaran langsung rakaman khas berkenaan melalui saluran TV1, portal-portal berita serta YouTube Parlimen Malaysia.

Kekecohan berlaku sebaik sahaja Muhyiddin memulakan penerangan tentang Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam sidang berkenaan.

“Sebelum saya memulakan penerangan, saya mewakili kerajaan dan seluruh Ahli Parlimen dengan perasaan sedih dan hiba ingin menyampaikan salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa COVID-19 yang telah diuji dengan kehilangan insan-insan tersayang.

“Datuk Yang Dipertua, saya memohon izin untuk kita semua bertafakur seketika dan membaca surah al-Fatihah bagi mengingati mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah,” kata Muhyiddin ketika suasana dalam Dewan Rakyat hingar-bingar dengan gelagat wakil-wakil pembangkang. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan