29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Langgar SOP: Pihak berkuasa perlu konsisten – Musa

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pihak berkuasa perlu konsisten dalam mengambil tindakan terhadap orang ramai yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, mereka perlu ditangkap sepertimana tindakan terhadap sekumpulan jemaah yang menunaikan solat sunat Aidiladha di tempat awam di Pulau Pinang tempoh hari.

“Pihak berkuasa perlu konsisten didalam mengambil tindakan. Mereka yang melanggar PKP perlu ditangkap seperti tindakan di Seberang Prai sewaktu sembahyang raya beramai-ramai di tempat awam,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Kenyataan Musa itu dipercayai berkaitan tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang berhimpun di Dataran Merdeka kerana membantah penggantungan Parlimen selama dua minggu berikutan terdapat petugas positif Covid-19.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang dilihat sudah berkumpul seawal 9 pagi di hadapan pintu masuk ke Bangunan Parlimen tetapi dihalang oleh pihak keselamatan.

MUSA HASSAN

Gagal memasuki Bangunan Parlimen, ahli-ahli Parlimen diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bergerak ke Dataran Merdeka.

Advertisements

Turut serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menerusi ciapan tersebut, Musa turut berkongsi laporan berita mengenai penangkapan 49 lelaki bagi membantu siasatan kes pelanggaran SOP dengan melakukan solat sunat Aidiladha di atas jalan berhampiran Surau Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang pada 20 Julai lalu.

Dalam kejadian tersebut, 48 warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan itu ditangkap kerana menunaikan solat Aidiladha di kawasan terbuka.

Menurut laporan media, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 10, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Sabtu lalu, kira-kira 400 orang terdiri anak muda berhimpun di sekitar Masjid Jamek dan Dataran Merdeka bagi menyertai perhimpunan Keluar dan #Lawan.

Mereka menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan yang didakwa gagal menangani pandemik Covid-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan