24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PKPD: 21 lokaliti di Terengganu, 2 lagi di Sabah

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di 23 lokaliti seluruh negara mulai lusa hingga 16 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sebanyak 21 lokaliti terletak di Terengganu manakala dua lagi di Sabah.

Menurut beliau, sembilan lokaliti berada dalam Mukim Kuala Dungun iaitu Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembesu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar.

“Selain itu, PKPD Mukim Sura merangkumi Batu 5, Sura Tengah, Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya, Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati, Batu 7, Paya Balai Besar, Pak Sabah dan Sura Lapangan Terbang.

“Satu lagi lokaliti PKPD adalah Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan di Mukim Jabi, Besut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Hishammuddin menambah, di Sabah, PKPD dikuatkuasakan di Perumahan Ladang Hibumas 2, Mukim Sungai-Sungai, Beluran dan Kampung Tagibang, Kota Marudu, Sabah.

Advertisements

Sementara itu, beliau memberitahu, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh PKPD selama dua minggu lagi di dua lokaliti di Kelantan dan empat lagi di Sabah yang dijadualkan berakhir esok.

Hishammuddin berkata, pelanjutan tempoh PKPD membabitkan Kampung Lepah dan Kampung Alor Hijau di Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan.

“Kerajaan turut memutuskan melanjutkan tempoh PKPD Ladang Agathis, Kalabakan; Kampung Nosoob, Penampang; Kampung Gusung, Likas dan Kampung Bakalau, Beaufort di Sabah,” jelasnya.

Menurut beliau, tempoh PKPD di enam lokaliti itu dilanjutkan dua minggu lagi mulai Selasa ini sehingga 16 Ogos depan.

Hishammuddin turut memaklumkan bahawa PKPD melibatkan 16 lokaliti di Perak dan 10 lagi di Sabah akan ditamatkan esok. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan