28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Jangkitan COVID-19 masih lebih 17,000, 160 maut

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Jangkitan kes positif baharu COVID-19 di negara ini terus mencatatkan angka melebihi 17,000 di mana sebanyak 17,150 kes baharu dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Maklumat itu dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman Facebook beliau.

Selangor masih mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 6,326 jangkitan baharu, diikuti Kuala Lumpur (2,086 kes), Kedah (1,511 kes), Johor (1,045 kes) dan Sabah (1,002 kes).

Negeri Sembilan pula merekdkan sebanyak 809 kes baharu, Pulau Pinang (752 kes), Perak (693 kes), Melaka (686 kes), Pahang (676 kes), Sarawak (578 kes), Kelantan (459 kes), Terengganu (429 kes), Putrajaya (72 kes), Perlis (21 kes) dan Labuan (lima kes).

Secara keseluruhan, sebanyak 1,130,422 kes jangkitan positif COVID-19 direkodkan di seluruh negara sejak pandemik COVID-19 melanda.

jangkitan covid

Sementara itu, dalam kenyataan media, Dr Noor Hisham berkata, daripada 17,150 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 745 kes (4.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

Beliau memberitahu, sebanyak 16,405 kes (95.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID-19.

“Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes, sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,” katanya.

Beliau turut melaporkan sebanyak 160 kematian hari ini yang melibatkan 55 kes di Selangor, 25 kes di Kuala Lumpur, masing-masing 14 kes di Negeri Sembilan dan Johor, masing-masing 10 kes di Melaka dan Kedah, lapan kes di Pahang, tujuh kes di Sabah, enam kes di Pulau Pinang, masing-masing empat kes di Kelantan dan Perak, serta tiga kes di Terengganu.

kematian

Secara keseluruhan, sebanyak 11,326 kes telah sembuh semalam manakala 195,273 kes masih aktif.

Sejumlah 1,059 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 531 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, sebanyak 23 kluster baharu dikesan hari ini, terdiri daripada 11 kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti, dua kluster berisiko tinggi, satu kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan dan satu kluster pusat tahanan.

Secara keseluruhan, sebanyak 3,702 kluster dikesan sejak pandemik melanda negara di mana 2,586 kluster telah tamat dan 1,116 lagi masih aktif. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan