25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Sidang khas Dewan Negara ditangguh tarikh lain

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sidang khas Dewan Negara yang dijadualkan bermula pada 3 hingga 5 Ogos ini ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan ditetapkan kelak.

Setiausaha Dewan Negara, Sujairi Abdullah berkata, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Rais Yatim telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penangguhan itu.

Menurut beliau, penangguhan itu adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan COVID-19.

“Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan COVID-19,” katanya dalam surat yang diedarkan kepada semua Ahli Parlimen, hari ini.

Semalam, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin dalam surat kepada semua Ahli Parlimen memaklumkan, sidang khas Dewan Rakyat yang sepatutnya disambung semula esok ditangguhkan sehingga tarikh lain yang akan ditentukan kelak. – EDISI 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan