32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kerah peserta perhimpunan #Lawan jadi sukaralewan COVID-19

Mesti Baca

CYBERJAYA – Para pesalah perhimpunan haram Keluar & #Lawan di ibu negara semalam sebaiknya dihukum kerahan sebagai sukarelawan COVID-19 termasuk ditempatkan di bilik mayat hospital selama 2 bulan.

Cadangan itu disuarakan oleh Ikon Sukan Lasak Negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Beliau berkata, tenaga mereka memang diperlukan bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menempatkan mereka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), bilik mayat pesakit COVID-19 atau di tanah perkuburan bagi pengkebumian mangsa wabak tersebut.

“Saya melihat ini antara cara dan hukuman yang paling sesuai berbanding menghukum dengan penjara dan sebagainya. 

“Mereka masih muda dan saya sedih kerana mereka terpengaruh dengan ahli-ahli politik yang menjadi tulang belakang kepada gerakan himpunan semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, hukuman tersebut juga sebagai usaha menyedarkan kumpulan terbabit bahawa tindakan mereka mengadakan perhimpunan tersebut boleh memberi impak buruk kepada ekonomi dan kesihatan orang ramai.

MUQHARABBIN MOKHTARRUDIN

“Saya minta mereka sedar yang tindakan mereka bukan memberikan impak positif kepada keadaan baik pulih ekonomi negara atau membawa suara rakyat, tetapi lebih kepada menjadi kluster Covid yang baru.

Advertisements

“Saya risau mereka akan bawa balik penyakit varian Delta dan lainnya yang disifatkan antara yang paling pantas merebak,” katanya.

Muqharabbin berkata, beliau tidak mahu menpersoalkan apa yang mereka suarakan itu saah atau sebaliknya, tetapi mereka sepatutnya memilih masa yang sesuai, iaitu apabila jumlah pemberian vaksin sudah mencapai komuniti kelompok.

Katanya, jika mereka tidak sukakan kerajaan sekarang sekalipun mereka sepatutnya bersimpati dengan petugas barisan hadapan yang bermati-matian menyelamatkan kita dan ahli keluarga kita.

“Saya harap anak muda dapat menterjemahkan undi anda semasa PRU-15 nanti. Tapi jangan lupa, sejarah hitam sepanjang Pakatan Harapan memerintah Malaysia selama 22 bulan seperti janji-janji mereka yang tidak ditepati,” katanya.

Semalam kira-kira 400 orang terdiri anak muda berpakaian hitam berhimpun di sekitar Masjid Jamek dan Dataran Merdeka bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap kerajaan, konon gagal menangani wabak COVID-19.

Difahamkan ada dalam kalangan kumpulan terbabit tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika mengadakan perhimpunan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan