30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ismail Sabri nafi beliau dilantik PM interim

Mesti Baca

BERA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta semua pihak agar tidak mempercayai khabar angin kononnya beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri interim.

Memetik laporan BH Online, beliau berkata, desas-desus berhubung pembentukan kerajaan interim tidak perlu dilayan.

Ahli Parlimen Bera itu turut menyifatkan isu berkenaan sengaja dimainkan oleh pihak tertentu, ekoran penangguhan sidang Dewan Rakyat, esok.

“Orang ramai jangan mendengar serta terpengaruh dengan khabar angin mungkin berlaku pembentukan kerajaan dan Perdana Menteri interim yang disebarkan dalam media sosial.

“Kita jangan melayan dan memainkan isu ini kerana pihak terbabit cuba memecahbelahkan keharmonian rakyat.

“Lagipun, saya difahamkan bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak ada istilah interim. Istilah PM interim dan kerajaan interim tidak ada dalam Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Ketua Kampung Charuk Puting, Batu Bor, Guai dan Paya Mengkuang di pekarangan Masjid Al-Mutaqin, Cheruk Puting, di sini, hari ini.

Advertisements

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO turut meminta semua pihak supaya kekal tenang dan bersatu padu, terutamanya ketika negara berdepan pandemik COVID-19 pada masa ini

Menurut beliau, fokus perlu terus diberi kepada usaha menangani cabaran itu, termasuk tanggungjawab besar untuk membantu rakyat yang terkesan.

Sementara itu, Ismail Sabri mengesahkan bahawa kenyataan yang dikeluarkannya pada 29 Julai lalu bahawa 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah sahih.

“Kenyataan itu dibuat selepas saya mengadakan pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen terbabit.

“Kekeliruan hanya membabitkan penggunaan kepala surat BN. Kami adalah wakil rakyat bawah BN, justeru menggunakan kepala surat BN.

“Apabila saya hendak mengeluarkan kenyataan itu, mana boleh saya menggunakan kepala surat lain kerana saya bersama Ahli Parlimen lain terbabit adalah daripada BN,” jelasnya lagi.

Beliau berpandangan, tidak timbul isu penggunaan kepala surat BN itu kerana yang lebih penting adalah isi kandungan kenyataan berkenaan.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan