32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lembah Klang catat 96.7 peratus dos pertama populasi dewasa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lembah Klang  terus merekodkan pemberian vaksin tertinggi dan melebihi 50 peratus bagi dos pertama populasi dewasa dengan 96.7 peratus dicatatkan berdasarkan kepada jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat semalam.

Selain Lembah Klang, lima negeri turut mencatatkan pemberian vaksin melebihi 50 peratus bagi dos pertama populasi dewasa iaitu Labuan (95.1 peratus), Sarawak (84.6 peratus), Negeri Sembilan (72.5 peratus), Perlis (62.2 peratus) dan Pulau Pinang (56.2 peratus).

Bagaimanapun, jumlah pemberian vaksin harian di seluruh negara menurun sedikit berbanding kelmarin, dengan sebanyak 480,122 dos diberikan setakat semalam.

Kelmarin sahaja, sebanyak 519,11 dos vaksin diberikan kepada penerima.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, suntikan pertama sehingga 11.59 malam tadi merekodkan 298,236 dos manakala suntikan kedua sebanyak 181,886 dos sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Advertisements

“Ini menjadikan jumlah kumulatif suntikan dos vaksin COVID-19 di negara sebanyak 21,200,473 dos keseluruhan,” katanya menerusi ciapan di twitternya hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 14,247,659 (60.1 peratus) bagi dos pertama manakala 6,952,814 (29.7 peratus) bagi dos kedua mengikut populasi dewasa.

Manakala negeri yang lengkap dos kedua melebihi 50 peratus populasi dewasa adalah Labuan dan Sarawak apabila masing-masing mencatatkan 81.5 peratus dan 65.7 peratus.

Sementara itu, pemberian dos vaksin harian, Lembah Klang terus mencatatkan jumlah tertinggi pemberian vaksin iaitu, Selangor dengan sebanyak 146,244 dos diikuti Kuala Lumpur (45,864 dos). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan