29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kerjasama dengan PH beri jaminan kepada ‘Kabinet Ismail Sabri’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memeterai perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dengan Pakatan Harapan (PH) memberi isyarat bahawa Kabinet baharu yang akan dibentuk lebih terjamin.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, sokongan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin PH lain itu bukan sahaja melepasi ujian usul penentuan keabsahannya pada sidang Parlimen akan datang, bahkan memastikan pembentukan kerajaan baharu lebih stabil.

Beliau berkata, apa yang penting Perdana Menteri tidak akan tertekan dengan kemungkinan diugut mana-mana pihak untuk menarik sokongan sekiranya tidak diberikan sebarang jawatan dalam kerajaan.

“Perjanjian itu juga membolehkan Ismail Sabri menghantar isyarat bahawa pembentukan Kabinet baharu adalah ‘Kabinet Ismail Sabri’ yang tidak akan diganggu gugat dengan sebarang ugutan pihak tertentu untuk menarik sokongan terhadap beliau sekiranya tidak diberikan jawatan kerajaan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Advertisements

Redzuan menganggap Perdana Menteri amat bijaksana apabila menjalinkan persefahaman tersebut bagi memastikan kerajaan dan Kabinet baharunya lebih stabil.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertemuan Perdana Menteri dengan tiga ketua parti dalam PH iaitu Anwar, Presiden, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dalam pertemuan tersebut kedua-dua pihak mencapai kata sepakat tentang beberapa perkara antaranya berkaitan Parlimen dan badan kehakiman.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan