24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Muhyiddin yakin hubungan Malaysia, Singapura terus ditingkat

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menaruh keyakinan hubungan baik Malaysia dengan Singapura akan terus dipertingkat di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri.

Keyakinan beliau itu disuarakan ketika dihubungi bekas rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau secara peribadi amat menghargai nilai persahabatan yang ditunjukkan Hsien Loong, bukan sahaja kebelakangan ini bahkan ketika mereka saling mengenali lama dahulu.

“Masih segar diingatan pertemuan bersemuka dan bersejarah kami di tengah-tengah Tambak Johor pada Julai tahun lepas, iaitu sejurus saya menjawat jawatan Perdana Menteri, manakala beliau sendiri baru saja mengangkat sumpah bagi menyambung tugas sebagai Perdana Menteri,” katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau menerima panggilan daripada Perdana Menteri Singapura itu antara lain bertanya khabar dan mengetahui perkembangannya selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Advertisements
LEE HSIEN LOONG

Katanya, Hsien Loong turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas hubungan serta kerjasama baik yang mereka jalinkan sepanjang lebih setahun bergelar rakan sejawat.

Malah pemimpin itu turut mendoakan agar Muhyiddin dapat terus memainkan peranan dalam aspek hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Lee Hsien Loong juga memberi jaminan langkah memperkasakan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dalam pelbagai aspek akan terus diperkasakan.

“Saya doakan beliau diberikan kesihatan dan dipermudahkan urusan mentadbir Singapura,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan