27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 21, 2021

Kabinet diberi tempoh 100 hari buktikan pencapaian awal – PM

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi tempoh 100 hari kepada Kabinet yang baharu beliau bentuk bagi membuktikan pencapaian awal serta memastikan mereka menjalankan kerja secara berprestasi tinggi.

Perdana Menteri berkata, Kabinet tersebut perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan negara daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik.

“Umum mengetahui saya menerima kerajaan ini dalam keadaan seadanya. Justeru, pembentukan Kabinet ini merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa, demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya.

“Saya akui bahawa kita sedang berada dalam keadaan yang getir akibat pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi dan diburukkan lagi dengan ketidakstabilan politik negara,” katanya ketika mengumumkan barisan Kabinetnya di sini hari ini.

Ismail Sabri dipilih oleh majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri Kesembilan setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatannya pada 16 Ogos lalu.

Beliau berkata, barisan Kabinet yang dibentuk hari ini merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat.

“Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik.

Katanya, berdasarkan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kita akan hidup bersama COVID-19 sebagai endemik, yang bersifat kekal dan menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia.

Baca juga:   SPRM nafi spekulasi akaun Twitter dinyah aktif
Baca juga:   LGM nafi fitnah jahat terhadap Khairuddin

Ini termasuk kemunculan Variant of Concern (VOC) yang lebih agresif dan rekod di seluruh dunia menunjukkan mereka yang telah divaksinasi masih boleh dijangkiti COVID-19.

“Oleh itu, kerajaan akan memperkasa Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus ini.

“Kita perlu terus mengawal segala risiko COVID-19 dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau akan memastikan barisan Kabinet komited menjayakan agenda negara, melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Selaras dengan hala tuju Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata beliau, aktiviti ekonomi akan dibuka secara berfasa bagi membolehkan rakyat mula bekerja dan mencari nafkah dengan selamat.

Katanya, barisan Kabinet tersebut dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan, dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur.

Bagi mendepani cabaran semasa, Ismail Sabri berkata, Kabinet tersebut perlu berorientasikan hasil yang berlandaskan kepada tiga prinsip iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat.

“Sesungguhnya, barisan Kabinet ini juga mengambil pendekatan baharu yang bersifat lebih terbuka, dengan menyantuni aspirasi Keluarga Malaysia melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien,” katanya.

Pada masa yang sama, tegas beliau, barisan Kabinet dan kementerian perlu dipastikan berupaya menggalas tanggungjawab ini dengan komited dan lebih proaktif.

Baca juga:   UPSI kebanggaan dunia pendidikan negara - Noraini

“Saya berharap pelantikan Kabinet ini akan memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan COVID-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik ini,” kata beliau.

Baca juga:   Mawar dedah 'Dato' jadi dalang fitnah dia dengan menteri

Ismail Sabri berkata, barisan Kabinet yang diumumkan itu telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Majlis-majlis Pemulihan Negeri pastikan PPN dilaksana secara holistik

PENUBUHAN Majlis-majlis Pemulihan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing merupakan pendekatan terbaik bagi memastikan Pelan...

Lagi Artikel Berkaitan