28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Terima kasih PM, menteri janji pikul amanah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Barisan anggota Kabinet baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan terima kasih ke atas kepercayaan yang diberikan dalam menerajui kementerian masing-masing terutamanya di saat negara masih berperang dengan pendemik Covid-19.

Melalui perkongsian di media sosial masing-masing baik di Facebook, mahupun di Twitter, masing-masing nekad menunaikan tanggungjawab yang diberikan Ismail Sabri terutamanya pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama bertugas.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang bertukar portfolio dengan Datuk Seri Dr. Adham Baba sebagai menteri Kabinet juga tidak ketinggalan antara yang terawal mengucapkan terima kasih.

“Terima kasih YAB PM atas kepercayaan yang diberi. Insya-Allah amanah yang sangat berat ini akan saya pikul dengan bersungguh demi Keluarga Malaysia,” kongsinya di Twitter rasmi miliknya, hari ini.

Sementara itu, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun yang kekal diberikan kepercayaan menerajui kementerian yang sama turut berjanji akan memikul amanah dengan penuh tanggungjawab demi Keluarga Malaysia.

“Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberi. Insya-Allah, amanah yang diberikan ini akan saya pikul dengan penuh tanggungjawab demi Keluarga Malaysia.

Malah, Rina turut mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan yang diberikan sebelum ini untuk saya menerajui kementerian berkenaan.

Sementara itu, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan dia akan terus komited untuk memastikan ekonomi terus mara di atas pertumbuhan mampan dan pemulihan yang lestari demi Keluarga Malaysia.

Back to serve Malaysia,” kongsinya di Twitter.

Bagi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan agensi di bawah kementerian berkenaan akan terus melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi Negara.

“Sesungguhnya tanggungjawab ini adalah amanah yang sangat besar dan InsyaAllah, saya dan #TeamMOF, serta agensi-agensi di bawah MOF akan terus melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi Negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkongsikan penghargaan atas kepercayaan Ismail Sabri untuk dia kembali menerajui Kementerian Pertahanan Malaysia.

“Sentiasa bangga dan berbesar hati untuk berkhidmat demi warga ATM (Angkatan Tentera Malaysia) yang sangat besar jasanya kepada negara. InsyaAllah, will do my utmost best. Saya akan pikul amanah ini sebaiknya.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican juga tidak ketinggalan berkongsikan terima kasih atas kepercayai mengkhidmati Keluarga Malaysia dan segalanya demi Malaysia.

Manakala, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Zuraidah Kamaruddin menyatakan akan memberikan khidmat sehabis baik bagi memacu sektor perusahaan dan perladangan negara.

“Mohon tunjuk ajar, agar kita sama-sama dapat beri yang terbaik buat negara tercinta,” kongsinya.

Bagi Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkongsikan semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya dalam barisan kabinet melaksanakan amanah dan tanggungjawab, demi rakyat dan negara.

“Fokus kita sekarang adalah untuk memastikan kestabilan politik, menangani pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi negara, demi kelangsungan ekonomi dan kehidupan rakyat.

“Saya ingin mengajak semua pihak, ahli politik tanpa mengira parti dan seluruh lapisan masyarakat, untuk bersama-sama memainkan peranan membantu menjayakan usaha ini,” kongsinya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad pula menegaskan amanah yang diberikan akan dipikul sebaiknya berpandukan pendekatan Keluarga Malaysia.

Manakala, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkongsikan ucapan terima kasihnya di aats kepercayaan untuk meneruskan bakti kepada negara tercinta.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berjanji akan melakukan yang terbaik di atas kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan demi kebaikan rakyat serta negara secara keseluruhannya.

“Tahniah juga kepada rakan-rakan Kabinet atas pelantikan masing-masing yang akan mengangkat sumpah pada Isnin depan.

“Saya yakin bahawa kita dapat meningkatkan usaha membendung penularan pandemik COVID-19 dan menjadikan ia sebagai keutamaan, di samping memberikan fokus dalam pelbagai aspek bagi meneruskan kelangsungan hidup rakyat serta memulihkan ekonomi negara,” kongsinya di Facebook.

Bagi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, beliau menjunjung kasih ke atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap pelantikan semula saya sebagai Menteri Sumber Manusia di dalam kabinet baru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri di atas keyakinan terhadap diri saya bagi menggalas tanggungjawab berat memastikan segala aspirasi dan keperluan tenaga kerja negara sentiasa dilindungi dan disantuni,” kongsinya.

Manakala, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri menyatakan akan melakukan yang terbaik bagi mendepani cabaran membantu sektor pelancongan dan kebudayaan.

“Kepada pasukan kerja MOTAC, let’s get together to move forward and make it happen!

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique pula mengucapkan penghargaan di atas amanah dan kepercayaan yang diberikan untuk beliau menerajui sekali lagi kementerian berkenaan.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan