PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan barisan Kabinet baharu yang dianggap sebagai ‘kesinambungan’ daripada kerajaan sebelum ini apabila sebahagian besar Jemaah Menteri dikekalkan.
Manakala jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diisi.
Dinamakan Kabinet Keluarga Malaysia, Perdana Menteri hanya menampilkan dua muka baharu, tiga tampil semula manakala selebihnya adalah barisan jemaah menteri yang sama ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malahan Ahli Parlimen Bera itu masih mengekalkan empat Menteri Kanan sebelum ini iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Dr Radzi Jidin (Menteri Kanan Pendidikan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Kanan Pertahanan) dan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kanan Kerja Raya.
Bagaimanapun dua menteri yang bertanggungjawab secara langsung terhadap pandemik COVID-19 iaitu Datuk Seri Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar saling bertukar portfolio.
Khairy dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke Kementerian Kesihatan manakala Adham dari Kementeri Kesihatan ke MOSTI.
Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (Gambar Bernama) NOH OMAR MAHDZIR KHALID SHAHIDAN KASSIM
Sementara itu dua muka baharu dibawa masuk oleh Ismail Sabri ke dalam Kabinetnya iaitu Datuk Seri Mohd Faizal Azumu (Kementerian Belia dan Sukan) dan Idris Ahmad (Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Hal Ehwal Islam).
Manakala tiga Ahli Parlimen yang pernah menjawat jawatan menteri dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid, Tan Sri Noh Omar dan Datuk Seri Shahidan Kassim kembali ke dalam Kabinet kerajaan.
Turut dipanggil semula Datuk Dr Noraini Ahmad untuk menerajui Kementeri Pengajian Tinggi.
Noh dan Noraini merupakan antara 15 Ahli Parlimen UMNO yang menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin diberi peluang oleh Ismail Sabri.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang akan mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala Noraini kembali ke Kementerian Pengajian Tinggi, setelah meletakkan jawatan sebelum ini.
Antara menteri yang tidak disenaraikan dalam Kabinet Ismail Sabri ialah Datuk Seri Mohd Redzuan Yusoff dan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Albakri.
Berikut senarai penuh Jemaah Menteri yang diumumkan Ismail Sabri hari ini:
JEMAAH MENTERI
Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong
Menteri Kanan – Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri : Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz
Menteri Kewangan: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I : Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II : Yamani Hafez Musa
Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri : Datuk Arthur Joseph Kurup
Menteri Kanan – Menteri Pendidikan: Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I : Datuk Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II : Datuk Mohamad Alamin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi): Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri : Eddin Syazlee Shith
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas): Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Menteri : Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Gambar Bernama) RADZI MD JIDIN FADILLAH YUSOF ANNUAR MUSA – Gambar: Twitter
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang): Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri : Datuk Wira Mas Ermieyati Samsuddin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Idris Ahmad
Timbalan Menteri : Datuk Ahmad Marzuk Shaary
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak): Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri : Datuk Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri : Datuk Henry Sum Agong
Menteri Alam Sekitar dan Air: Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri : Datuk Dr Mansor Othman
Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri M. Saravanan
Timbalan Menteri : Datuk Awang Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Menteri : Datuk Seri Jalaluddin bin Alias
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rina Harun
Timbalan Menteri : Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri : Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad
Menteri Tenaga dan Sumber Asli: Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Ali Biju
Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I : Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II : Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri I : Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II : Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I : Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II : Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Menteri Pembangunan Luar Bandar: Datuk Seri Mahadzir Khalid
Timbalan Menteri I : Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II : Datuk Hasbi Habibollah
Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri : Kamarudin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri : Datuk Rosol Wahid
AHMAD FAIZAL AZUMU HAMZAH ZAINUDIN NANCY SHUKRI Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Menteri Komunikasi Dan Multimedia: Tan Sri Annuar Musa
Timbalan Menteri : Datuk Zahidi Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri : Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri : Datuk Amzad Mohamed @ Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Tan Sri Noh Omar
Timbalan Menteri : Tuan Muslimin Yahaya
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Zuraidah Kamaruddin
Timbalan Menteri I : Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II : Willie Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan: Datuk Seri Nancy Shukri
Timbalan Menteri : Datuk Seri Dr R. Santhara Kumar
Menteri Perpaduan Negara: Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri : Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal
Menteri Belia dan Sukan: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Timbalan Menteri : Datuk Seri Ti Lian Ker