31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Hanya pelanggan lengkap vaksinasi dibenar masuk premis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kesemua 22 sektor tambahan yang dibuka semula bermula esok akan dipantau dan diperiksa bagi memastikan hanya pelanggan mendapat vaksinasi lengkap dibenarkan memasuki premis.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kesemua pegawai penguatkuasa kementerian berkenaan telah diarahkan untuk menjalankan tugas memantau dan memeriksa sektor ekonomi tersebut pada setiap hari.

Menurutnya, langkah berkenaan adalah untuk memastikan pemain industri mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan pembukaan sektor tambahan tidak memberi kesan kepada penularan wabak Covid-19.

“KPDNHEP telah menghubungi hampir semua pemain industri yang terlibat melalui persatuan-persatuan mereka dan akan memberikan bantuan khidmat nasihat bagi membolehkan mereka membuka semula perniagaan bermula esok.

“Kita harap pembukaan sektor tambahan yang baru diumumkan ini perlu diambil sebagai tanggungjawab dan bukannya satu kebebasan yang disalahgunakan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Alexander berkata, pihaknya yakin dengan sikap yang matang dan bertanggunjawab dari semua pihak, situasi pandemik covid-19 akan terus bertambah baik.

Malah menurutnya, komuniti pengguna dan peniaga juga diharap dapat bekerjasama memastikan mereka, ahli keluarga dan pekerja mereka telah divaksinasi serta mempunyai kadar kepatuhan yang tinggi terhadap semua SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Setakat semalam, seramai 32,887 orang telah menerima vaksin melalui Program Vaksinasi Industri Peruncitan di seluruh negara termasuk di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Melaka.

“Kita menyambut baik perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi kemudahan kepada lebih banyak sektor ekonomi terutamanya ekonomi domestik berdasarkan pencapaian kadar vaksinasi negara dan purata sehari pesakit yang menunggu di wad kecemasan hospital-hospital seluruh negara.

Menurutnya, KPDNHEP turut merasakan kesan yang dihadapi oleh pemain industri sektor peruncitan dan pengedaran apabila perniagaan dan premis terpaksa ditutup selama tiga bulan sejak 12 Mei lalu.

“Penutupan berkenaan bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi dan perniagaan tetapi semua rantaian sektor tersebut termasuk pekerja dan keluarga, pembekal dan pemborong.

“Kementerian meyokong penuh keputusan Kerajaan mempercepatkan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi berdasarkan kadar vaksinasi orang dewasa yang telah mencapai purata 72.1 peratus untuk Dos 1 dan 44.5 peratus untuk Dos 2 serta purata sehari pesakit yang menunggu di wad kecemasan yang telah menurun secara drastik dari 909 orang kepada 239 orang pada 13 Ogos lalu.

Menurutnya, pihaknya juga telah menerima maklum balas yang positif dari pemain-pemain industri di mana persatuan-persatuan akan mengeluarkan kenyataan masing-masing menyambut baik kemudahan yang baru diberikan ini.

Hari ini, Muhyiddin dalam kenyataannya telah mengumumkan sebanyak 11 sektor ekonomi akan dibuka semula untuk negeri-negeri Fasa 1 PPN berkuat kuasa esok.

Sektor yang diberikan kebenaran berkenaan ialah kedai cuci kereta; kedai elektrik dan elektronik; kedai barangan rumah dan peralatan dapur; kedai perabot; kedai peralatan sukan; kedai aksesori kereta serta pusat pengedaran dan jualan kereta.

Sektor lain yang di buka lagi ialah pasar pagi dan pasar tani sahaja; kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas serta kedai gunting rambut dan pusat atau salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja).

-EDISI9

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan