25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Persatuan peniaga, peruncit lega 11 sektor kembali dibuka

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) hari ini menarik nafas lega dengan keputusan kerajaan membenarkan sektor perdagangan dan pengedaran dibuka semula mulai esok.

Presiden BRO, Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata, ini para peniaga bumiputera selama inini amat terkesan dan terpaksa menanggung kerugian besar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru, menurutnya, BRO menyambut baik keputusan itu sepertimana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

“BRO menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kementerian terlibat antaranya MITI dan KPDNHEP di atas pengumuman cukup bermakna ini.

“Kami akan memastikan pematuhan SOP akan dipertingkatkan serta diperbaiki dan semua kakitangan mendapatkan vaksinasi COVID-19 yang lengkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

AMEER ALI MYDIN – BRO

Pada masa yang sama, Ameer berkata, semua pemain industri perniagaan diingatkan agar memastikan semua pekerja ekonomi mendapatkan vaksinasi lengkap.

Muhyiddin hari ini mengumukan 11 jenis aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Antaranya kedai cuci kereta, kedai elektrik dan elektronik, kedai barangan rumah dan peralatan dapur, kedai perabot, kedai peralatan sukan dan kedai aksesori kereta.

Turut dibenarkan beroperasi ialaj pusat pengedaran dan jualan kereta, pasar pagi dan pasar tani sahaja, kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Perniagaan Persekutuan Malaysia (FMBA), Datuk Abdul Malik Abdullah turut berterima kasih dengan kerajaan yang membuka semula 11 sektor ekonomi tersebut.

“Ini adalah langkah yang telah diminta oleh semua sektor perniaagan, perusahaan, termasuk PKS dan mikro yang tidak mengunakan nilai ambang fasa-fasa sebagai petunjuk bagi melonggarkan sekatan,” katanya dalam kenyataan berasingan.

ABDUL MALIK ABDULLAH – FMBA

Beliau berkata, langkah kerajaan menggunakan strategi gabungan pemberian vaksinasi yang pantas dan membenarkan perniagaan dibuka tetapi dengan SOP ketat adalah langkah yang tepat.

Kata beliau, golongan peniaga yang paling mendapat manafaat adalah mereka yang berada di Lembah Klang yang merupakan nadi ekonomi dan perniagaan.

“Kita sebagai majikan komited untuk mematuhi segala SOP dan juga menyokong faedah menggalakkan vaksinasi untuk para majikan dan kakitangan,” katanya.

Justeru, FMBA menagih kerjasama kerjasama dan kefahaman pelanggan yang memasuki premis agar menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap melalui MySejahtera.; – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan