29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

5 lagi kes jangkitan COVID-19 dari Dewan Rakyat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Terdapat penambahan lima lagi kes jangkitan COVID-19 telah dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa persidangan Dewan Rakyat sekaligus, menjadikan jumlah terkini adalah 30 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, daripada 30 kes ini, dua kes melibatkan Ahli Parlimen, sembilan kes masing-masing terdiri daripada pengiring dan pegawai agensi kerajaan.

“Sementara lain-lain, tujuh kes iaitu ahli keluarga, dua kes kontraktor dan satu kes daripada kakitangan parlimen,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Dr Noor Hisham berkata, untuk makluman, lima kes baharu tersebut telah dimaklumkan pada Jumaat lalu yang melibatkan lima sekeluarga, di mana kes pertama bergejala adalah individu yang menghadiri sidang Parlimen.

“Daripada jumlah itu, tiga kes mempunyai nilai kitaran ambang atau CT value RT PCR antara 16.98 sehingga 22.76 (kebolehjangkitan yang tinggi), manakala dua lagi adalah di antara 28.98 sehingga 33.98.

“Kesemua mereka telah lengkap mendapat dua dos vaksin. Mereka hanya bergejala ringan dan menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.

“Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes dikesan berkaitan persidangan Parlimen adalah 102 kes termasuk lima kes baharu tersebut,”katanya.

Berikutan itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM bersama pihak Parlimen dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah berbincang mengenai beberapa penambahbaikan yang diperlukan sebagai persediaan pembukaan
semula Parlimen bagi mengurangkan lagi risiko penularan jangkitan sebelum dan semasa persidangan.

“Yang pertama adalah kesiapsiagaan terdiri daripada tindakan memastikan individu-individu pelbagai kategori dan dari pelbagai negeri yang hadir ke Parlimen supaya mereka sihat dan tidak dijangkiti COVID-19 pada masa tersebut.

“Kedua, dengan memastikan keadaan persekitaran serta bahagian dalaman Parlimen dikaji dan ditambahbaik supaya selamat, kurang risiko dan tidak menjadi tempat penularan COVID-19,”katanya.

Terdahulu menerusi laporan media , pada 10 Ogos 2021, sejumlah 97 kes COVID-19 telah dikesan iaitu 56 kes telah dikenalpasti hasil saringan Pra-Dewan Rakyat dan lapan kes kontak rapat.

25 kes lagi telah dikenalpasti berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat dengan 18 kes dikesan dengan tujuh kontak rapat, di mana satu
kes telah meninggal dunia dan lapan kes saringan Pra-Dewan Negara.

Pengesanan kes COVID-19 yang berkaitan dengan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen telah diadakan pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021, bertempat di Dewan Parlimen Negara, Kuala Lumpur. -Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan