30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PH jangan terlalu yakin wakil partinya jadi PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan untuk tidak terlalu yakin wakil dari parti politik berkenaan bakal dilantik menjadi Perdana Menteri (PM) yang baharu.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, rakyat juga diminta untuk menilai terlebih dahulu tindak tanduk ahli parlimen PH yang beria-ria mahu menukar kerajaan bagi mendapatkan kuasa.

“Saya minta rakyat menilai mana intan, mana kaca, mana permata, mana  bata terhadap tindak tanduk ahli parlimen PH yang beria-ia nak tukar kerajaan untuk mendapat kuasa semata-mata dan bukan kerana ingin menyelesaikan masalah pandemik covid.

“Kita jangan sesekali lupa, apa yang telah kita dan rakyat lalui sepanjang tempoh PH berkuasa. Janji mereka semuanya dusta. Lihatlah apa yang mereka lakukan semasa ditampuk kuasa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Muqharabbin atau lebih dikenali sebagai Qobin berkata, sebelum ini semasa PH menjadi kerajaan, pelancong masih dibiarkan masuk ke dalam negara seawal pendemik Covid-19 mula menular di negara ini.

“Malah ramai yang menderhaka kepada sultan dan raja.

“Ya, memang UMNO mahu PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan, tapi UMNO tetap ingin Perdana Menteri dalam kalangan sesama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk terus menerajui kerajaan sehingga selesai pendemik Covid-19 ini. 

Menurutnya, UMNO tidak akan sesekali menggadai maruah untuk bersekongkol dengan DAP dan PH kerana rakyat pasti muak dan meluat sekiranya parti berkenaan bersama parti tersebut.

“Jangan bagi mereka kuasa ini kerana mereka akan menyatakan, sebab merekalah kes Covid-19 berjaya turun sedangkan usaha ini telah dilakukan oleh Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan barisan hadapan lainnya yang bertungkus lumus serta menyegerakan pengambilan vaksin rakyat.

“Saya yakin dengan kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri baharu yang dapat menjamin kestabilan politik dan menyelesaikan isu pandemik ini segera. 

Kelmarin media melaporkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan parti berkenaan untuk mengambil alih kerajaan daripada PN kerana mempunyai calon sesuai sebagai Perdana Menteri selain memiliki sokongan terbesar dalam Parlimen.

Anwar berkata, gabungan itu juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak atau parti lain bagi membentuk kerajaan baharu menggantikan PN yang dilihat gagal mengurus tadbir negara sepanjang krisis COVID-19.

Polemik politik negara seterusnya dikejutkan lagi dengan desas desus pengumuman khas Muhyiddin esok seperti yang didedahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof kepada Bernama. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan