24.4 C
Kuala Lumpur
Monday, October 3, 2022

Aktiviti tidak perlu sektor pembuatan, pembinaan dibenar operasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Semua aktiviti tidak perlu (non-essential) dalam sektor-sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian boleh kembali beroperasi bermula Isnin ini di negeri Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddn Yassin berkata, namun kapasiti pengoperasian adalah bergantung kepada kadar vaksinasi lengkap pekerja seperti berikut :

Kadar vaksinasi lengkap pekerjaKapasiti Pengoperasian
80% – 100%100 %
60% – 79%80 %
40% – 59%60 %

“Kerajaan faham, keputusan ini akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai yang bimbang dengan risiko penularan. Sekali lagi dijelaskan bahawa setiap ketetapan dibuat dengan berhati-hati,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Menurut beliau, setelah lebih setahun negara berada dalam situasi pandemik, banyak majikan mula mengurangkan tenaga kerja sekaligus menyebabkan ramai hilang pekerjaan.

“Dalam situasi sukar ini, kerajaan tidak boleh membiarkan keadaan ini berlarutan.

“Bagaimanapun, adalah diharapkan majikan, mematuhi dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum memulakan semula operasi bagi memastikan keselamatan pekerja dan tempat kerja terjamin.

“Pada masa yang sama, manfaatkanlah sepenuhnya inisiatif subsidi upah yang disediakan kerajaan bagi memastikan setiap pekerja memperolehi bayaran gaji mereka.

Baca juga:   Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

“Kepada para pekerja, laporkan segera kepada Kementerian Kesihatan Malaysia di [email protected] atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) di [email protected] atau Kementerian Sumber Manusia melalui aplikasi Working For Workers (WFW) sekiranya majikan tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Baca juga:   Tidak vaksin, belum dijangkiti Covid-19 kumpulan berisiko tinggi

“Kuasa di tangan anda sebagai pekerja kerana majikan yang tidak mematuhi SOP dan melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangit 1988 (Akta 342) boleh dikompaun dan dihadapkan di mahkamah.

“Di bawah Akta ini juga, KKM mempunyai kuasa penuh untuk memberi notis perintah tutup premis,”katanya.

Jelasnya, beliau difahamkan dari tempoh 26 Julai hingga 10 Ogos lalu, lebih 900 premis telah diarahkan tutup kerana kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Ini adalah bukti kerajaan amat tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan. Terima kasih kepada rakyat dan pekerja yang membuat aduan sekaligus memudahkan pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan,” katanya.

Dalam pada itu Muhyiddin mengingatkan kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menarik semula kemudahan-kemudahan yang telah diberikan sekiranya berlakunya ketidakpatuhan terhadap garis panduan serta SOP yang telah ditetapkan.

“Jika berlaku jangkitan di premis yang menerima kemudahan-kemudahan ini, KKM akan segera mengambil langkah sewajarnya termasuk melakukan penilaian semula risiko serta tidak menolak kemungkinan menutup serta-merta premis atau kawasan yang terlibat selain mengeluarkan kompaun kepada pihak yang dikenalpasti melanggar SOP.

“Kemudahan yang diberi bukan bermakna rakyat telah mendapat kebebasan mutlak. Setiap SOP, garis panduan dan prosedur mesti dipatuhi sebaiknya,” katanya.

Justeru, katanya, kerajaan amat berharap, kemudahan-kemudahan yang diumumkan hari ini bukan sahaja dapat memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat dari sudut emosi dan kesihatan mental malah turut membantu memulihkan semula secara berperingkat situasi khususnya kumpulan yang terlibat dalam sektor ekonomi.

Baca juga:   KPM akan bantu pendaftaran murid bagi tujuan vaksinasi
Baca juga:   Sedia pastikan vaksinasi kanak-kanak 12-17 tahun dipercepatkan

“Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa setiap kementerian dan agensi yang memantau kemudahan-kemudahan tersebut, termasuk pemilik premis, mestilah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaksanaan kemudahan yang diberikan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan dan mengelakkan mudarat,”katanya.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Penyatuan ummah: UMNO letak syarat jika Pas mahu kembali

UMNO bersedia untuk mengembalikan agenda penyatuan ummah yang pernah digerakkan bersama Pas namun tidak akan sesekali menerima mereka yang...

Lagi Artikel Berkaitan