24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 22, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

11 aktiviti ekonomi sektor perdagangan dibenar beroperasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berkuatkuasa Isnin ini, melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi di dalam Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan melihat bahawa amat penting untuk sektor ekonomi kembali dibuka secara berperingkat kerana jika tidak dimulakan sekarang, kesannya terutama terhadap pengusaha perniagaan dan pekerja-pekerja mereka akan semakin parah.

“Penting untuk dijelaskan, kemudahan terbaharu yang saya umumkan ini akan terpakai ke atas semua fasa PPN dengan syarat, kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri berkenaan mestilah telah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus dan individu-individu yang ingin memanfaatkan kemudahan ini juga mestilah telah menerima vaksinasi lengkap.

“Sebagai contoh, sehingga 14 Ogos lalu, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa (18 tahun ke atas) di Lembah Klang telah mencapai 64.7 peratus. Maka, individu yang telah lengkap vaksinasi di Lembah Klang boleh memanfaatkan kemudahan-kemudahan ini apabila kemudahan-kemudahan ini mula berkuatkuasa.

“Perincian garis panduan bagi kemudahan-kemudahan yang saya umumkan ini akan dikeluarkan oleh MKN dalam waktu terdekat,”katanya menerusi kenyataan media di sini.

Beliau berkata, bagi 11 jenis aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi di dalam Fasa 1 PPN adalah terdiri  kedai cuci kereta; kedai elektrik dan elektronik ; kedai barangan rumah dan peralatan dapur; kedai perabot ; kedai peralatan sukan dan kedai aksesori kereta.

“Seterusnya, pusat pengedaran dan jualan kereta ; pasar pagi dan pasar tani sahaja ; kedai pakaian, fesyen dan aksesori ;kedai barang kemas dan kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja),”katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas; serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja) terdapat Prosedur Operasi Standard  (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi.

Baca juga:   Kerajaan perlu segera tangani peningkatan harga makanan

“Ia termasuklah memakai sarung tangan, menghadkan masa urusan antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan fitting room. SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan,”katanya.

Dalam pada itu, katanya, bagi kebenaran 11 aktiviti ekonomi di dalam Fasa 2 adalah tambahan kepada 11 aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula di dalam Fasa 1.

“Aktiviti-aktiviti ekonomi tersebut adalah seperti, kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi; kedai barangan terpakai; kedai bunga dan nurseri; kedai kraftangan dan cenderahati; kedai antik; kedai alat permainan dan kedai permaidani.

Baca juga:   Sidang kecoh, pembangkang buat perangai budak-budak

“Selain itu, kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif; kedai peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lainlain); kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi dan kedai tembakau (termasuk vape dan rokok elektronik).

 “Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

“Sekali lagi diingatkan, maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos,”katanya.

Muhyiddin memberitahu, kerajaan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa mempertimbangkan kemudahan-kemudahan lain dengan memberi penekanan terhadap tiga aspek utama iaitu kesihatan dan keselamatan rakyat; ekonomi rakyat dan kelangsungan perniagaan; serta kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan faham bahawa banyak aktiviti ekonomi yang tergendala dan pelbagai kemahuan tidak dapat dilaksanakan akibat pandemik ini termasuklah membeli barangan rumah selain keperluan asas dan memotong rambut serta pelbagai lagi kemahuan kendiri.

“Kerajaan sedar, semakin lama perkara ini dihadkan, semakin besar risikonya terhadap kesihatan mental dan fizikal rakyat,”katanya. – Edisi 9

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

70% kluster baharu institusi pendidikan dalam tempoh seminggu

SEKITAR 70 peratus atau 62 kluster daripada 89 kluster baharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membabitkan institusi pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>