34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Golongan tolak pelawaan bersatu-padu kelompok gila kuasa

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Golongan yang menolak pelawaan untuk bersatu-padu menyelamatkan rakyat dan negara adalah kelompok yang gila kuasa, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Pas itu berkata, ini kerana golongan tersebut hanya mahu memenuhi kehendak politik peribadi sempit mereka sahaja, tanpa mempedulikan nyawa rakyat.

“Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja tidak akan mempedulikan keadaan rakyat yang perlu diselamatkan sekarang.

“Maka kalangan yang menolak pelawaan untuk bersatu padu menyelamatkan rakyat dan negara, demi memenuhi kehendak politik peribadi yang sempit, adalah kelompok gila kuasa yang tidak mempedulikan nyawa rakyat,” kata beliau menerusi Facebooknya hari ini.

Abdul Hadi berkata, ketika keadaan di seluruh dunia sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 sepatutnya keselamatan nyawa rakyat daripada bahaya wabak itu hendaklah diutamakan.
Katanya, masalah ekonomi yang dihadapi kesan daripada pandemik Covid-19 yang membebankan semua rakyat tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik, perlu diselesaikan secara perpaduan dan hendaklah diutamakan tanpa menghabiskan masa kerana mahukan kuasa semata-mata.

“Dalam pada itu, wabak rasuah juga terdapat titik persamaan yang tidak boleh diterima. Maka, janganlah didahulukan untuk mendapatkan kuasa sehingga punca penyakit rasuah dibiarkan berkuasa lagi,” katanya.

Abdul Hadi menegaskan, tawaran Perdana Menteri kepada semua parti politik bagi mendapatkan kepercayaan bersama terhadap kerajaan terkini supaya memberikan masa untuk menyelesaikan masalah, sepatutnya diterima secara positif.

Advertisements

Katanya, selepas keadaan mengizinkan, maka kita kembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang mereka mahu dengan selesa.

“Janganlah disebabkan tidak boleh bersabar seketika, kita akan menerima padah dan masalah yang lebih besar dan lebih berat untuk dipikul.

“Cukuplah menjadi pengajaran kepada rakyat terhadap kerajaan yang telah lama memerintah, sehingga mereka dibejati dengan penyakit rasuah,” kata beliau.

Kelmarin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghulurkan tangan untuk bekerjasama merentasi kepartian bagi mewujudkan kerajaan yang lebih stabil dan inklusif selepas usul undi percaya diluluskan di Parlimen bulan depan.

Bagaimanapun, tawaran itu ditolak oleh UMNO dan parti-parti blok pembangkang dengan mendakwa Muhyiddin cuba menyogok mereka untuk mengekalkan kuasanya.

Keabsahan Muhyiddin selaku Perdana Menteri dikatakan hilang selepas 15 Ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan