31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

442,150 dos harian, 31.9 peratus populasi lengkap dos kedua

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 442,150 dos suntikan vaksin COVID-19 telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini mencecah 27,293,915 dos.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 161,049 adalah dos pertama manakala 281,101 individu menerima suntikan dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka.

Daripada laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, seramai 10,425,300 individu atau 31.9 peratus jumlah populasi (44.5 peratus populasi dewasa) di negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Manakala, seramai 16,868,615 individu menerima suntikan dos pertama atau bersamaan 51.7 peratus jumlah populasi (72.1 peratus populasi dewasa). 

Sementara itu, Lembah Klang terus mencatatkan pertambahan pemberian vaksin tertinggi dan melebihi 100 peratus bagi dos pertama populasi dewasa dengan 104.2 peratus (76.3 peratus jumlah populasi) berdasarkan kepada jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat semalam.

Baca juga:   Omicron: Melaka, Johor kesan kes jemaah pulang umrah

Ia membabitkan sejumlah 6,422,367 individu di Lembah Klang sudah menerima suntikan dos pertama. 

Sementara, sejumlah 3,987, 991 individu menerima suntikan doa kedua atau bersamaan 47.4 peratus jumlah populasi (64.7 peratus populasi dewasa). 

Dalam pada itu, menerusi laporan harian pemberian vaksin, Selangor terus merekodkan menerima jumlah vaksin tertinggi dengan sebanyak 22,299 individu menerima suntikan dos pertama, manakala seramai 80,784 individu menerima suntikan dos kedua. 

Baca juga:   Petisyen pengampunan diraja Najib cecah 30,000 tandatangan

Diikuti Kuala Lumpur dengan sebanyak 9,104 bagi dos pertama, manakala sebanyak dos kedua sebanyak 44,803 dan Johor dengan 36,032 dos pertama manakala dos kedua sebanyak 27,574. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Principal lancar Dana, pelaburan mampan patuh syariah

PRINCIPAL Malaysia (Principal) memperkenalkan dana pelaburan patuh syariah yang direka untuk memenuhi permintaan pelabur Malaysia bagi pelaburan mampan yang...

Lagi Artikel Berkaitan