24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Gencatan politik: Rayu Agong pertimbang rayuan 175 NGO

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA –  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dirayu untuk mempertimbangkan gencatan politik buat masa kini.

Pengerusi Gerakan Jihad Rakyat, Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata, dia tidak berpihak mana-mana kelompok, namun rayuan daripada 175 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu diharap dapat dipertahankan Seri Paduka Baginda terutamanya dalam keadaan negara masih dilanda pendemik Covid-19.

Menurutnya yang merupakan tokoh bahasa dan persuratan negara, sewajarnya pada masa ini perhatian pemimpin dan ahli politik adalah bagi menangani pendemik Covid-19.

“Sebarang rancangan pertukaran kerajaan wajar ditangguhkan kepada waktu yang lebih sesuai demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat seluruhnya.

“Sembah harapan patik ini berlunaskan kedudukan dan martabat Tuanku sebagai payung negara yang In Sha Allah dapat merungkaikan sebarang kemelut dan khilaf yang berlaku dalam kalangan pihak-pihak tertentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Awang berkata, dia yakin Seri Paduka Baginda merupakan wibawa yang paling tepat dalam memberikan pimpinan kepada rakyat terutamanya dalam keadaan situasi negara terkini.

Semalam, Gerakan Pembela Ummah (Ummah) bersama 175 NGO Islam menghantar memorandum kepada Agong bagi memohon campur tangan Seri Paduka Baginda untuk menghentikan pertelingkahan antara pemimpin parti politik di negara ini.

Menerusi kenyataan bersama Ummah dan 175 NGO itu, gabungan berkenaan memohon perkenan Al-Sultan Abdullah menitahkan supaya semua pemimpin politik memberi keutamaan kepada nyawa rakyat yang sedang berdepan krisis pandemik Covid-19 dan bukan percaturan kuasa.

Menurutnya, gerakan itu kecewa kerana pemimpin politik terus sibuk berebut kuasa dalam keadaan negara sedang bergelut dengan peningkatan kes Covid-19 sehingga melebihi 20,000 sehari dengan kes kematian dalam lingkungan tiga angka.

Antara NGO yang bersama dalam kenyataan itu ialah Konfederasi NGO Kelantan (KNK), Sekretariat Kongres Rakyat 2.0, Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping, Yayasan Amal Malaysia, Muktamar Dakwah Malaysia dan Pertubuhan Kemajuan Ekonomi Rakyat Terengganu Darul Iman (Pekerti). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan