27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Muhyiddin bertanggungjawab, tidak ‘lepas tangan’ demi rakyat

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tanggungjawab sebagai seorang Perdana Menteri apabila tidak ‘melepaskan tangan’ demi memikirkan nasib rakyat dan negara.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, dalam keadaan sekarang Muhyiddin boleh bila-bila masa sahaja meletakkan jawatannya

Sebaliknya beliau berkata, Ahli Parlimen Pagoh itu memilih jalan dengan mengadakan undi percaya dan menjanjikan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebelum akhir Julai tahun depan kerana mengambil kira keadaan pandemik COVID-19 masa kini.

“Pada hemat saya, jika benar Muhyiddin bermain politik, beliau sememangnya boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk segera membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-15 diadakan, sepertimana yang didesak blok pembangkang termasuk UMNO itu sendiri.

“Bagaimanapun, Muhyiddin tidak berbuat demikian kerana menyedari sekarang ini bukan waktu yang terbaik ketika kerajaan sedang bertungkus lumus memerangi wabak COVID-19 yang telah melumpuhkan negara, sebaliknya beliau memberi bayangan akan di adakan Julai tahun depan,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Semalam, menerusi Ucapan Khas Perdana Menteri, Muhyiddin mengumumkan pelan kerjasama bi-partisan dengan parti-parti pembangkang bagi mewujudkan negara yang lebih stabil dan inklusif selepas undi percaya terhadapnya di Parlimen bulan depan.

Syed Ali berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin dilihat mengiktiraf peranan parti-parti pembangkang apabila mengusulkan rentas parti politik di samping cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.

Kata beliau, begitupun blok pembangkang dan UMNO begitu pantas menolak cadangan dan tawaran tersebut sambil mendakwa ia sebagai muslihat untuk menyelamatkan hayat politik Muhyiddin dan mahu kekal sebagai Perdana Menteri.

Advertisements

“Dalam tanggapan berbeza itu, saya bagaimanapun melihat tawaran rentas politik yang dibuat oleh Muhyiddin itu sebagai ikhlas, berani dan bertanggungjawab demi untuk menyelamat dan seterusnya membebaskan negara daripada krisis kesihatan akibat COVID19 disamping menjaga kemaslahatan rakyat terbanyak.

Syed Ali percaya tindakan ahli-ahli Parlimen UMNO yang ingkar arahan parti agar meletakkan jawatan dalam Kabinet agar mereka tidak digelar sebagai pengkhianat masa depan orang Melayu dan Islam.

Jika mereka meninggalkan kerajaan hari ini, ia tidak akan memberi keselesaan kepada orang Melayu dan UMNO khususnya yang sekarang ini dilanda krisis keyakinan dan kepimpinan.

“Apalah sangat untuk menteri dan timbalan menteri daripada UMNO itu mengambil sedikit masa untuk kekal menyokong Muhyiddin sehingga PRU-15 daripada akan dikenang sebagai kumpulan petualang yang bertanggungjawab menumbangkan sebuah kerajaan Melayu Islam,” kata beliau.

Justeru, beliau tetap beranggapan bahawa Muhyiddin telah menjalankan tanggungjawab yang ikhlas dan terbaik selaku Perdana Menteri dalam menangani situasi yang amat getir ini tanpa memikirkan serangan politik bertali-arus.

Tambahnya, pemimpin UMNO dalam kerajaan PN diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula telah membuktikan mereka adalah pejuang UMNO sejati dan bukannya pengkhianat kepada masa depan orang Melayu.

Syed Ali pernah meninggalkan UMNO selepas PRU-14 dan kemudian menyertai Parti Amanah Negara (PAN) sebelum kembali ke pangkuan UMNO pada Januari lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan