30.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Lembah Klang sudah nampak ‘titik cahaya’ – Doktor pakar HKL

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lembah Klang sudah mulai nampak ‘titik cahaya di hujung terowong’ yang gelap dengan usaha kerajaan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi mencapai imuniti kelompok.

Pakar Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Hana Hadzrami berkata, samar-samar tapi penuh harapan.

“Awal Julai lalu, kemasukan pesakit Covid-19 dalam kalangan warga emas mulai menurun.

“Malah, minggu lepas jumlah kemasukan pesakit warganegara juga menurun. Majoriti yang datang adalah warga asing. Satu perkhabaran gembira,” katanya menerusi perkongsian di Facebook beliau di sini. 

Berikut kenyataan penuh yang dikongsikan beliau :

Sebenarnya dari minggu lepas saya simpan khabar gembira ini. 
Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan.

Awal Julai kami dapati kemasukan pesakit Covid warga emas mulai menurun.

DR HANA HADZRAMI

Minggu lepas jumlah kemasukan pesakit warganegara mulai menurun. Majoriti yang datang adalah warga asing.

Baca juga:   Kerajaan bayar RM941.43 juta elaun khas barisan hadapan

Referral dari ED (Jabatan Kecemasan) kepada team ICU (Unit Rawatan Rapi) untuk pesakit Covid kritikal semakin berkurang. Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis ICU, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang dah nampak sedikit ruang.

Kalau dulu, mayat berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup, dan canvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED. Sekarang dah nampak lantai.

Baca juga:   Semua negeri lepasi 50% vaksinasi penduduk dewasa

Jumlah pesakit kategori ringan mungkin masih ramai tetapi mereka cuma perlukan pemantauan dan rawatan di wad saja. 

Masih ada referral pesakit Covid kritikal ke ICU dari kalangan warganegara namun terdiri dari mereka yang tolak vaksinasi. Apa nak buat. 

Ada juga pesakit Covid kritikal dari kalangan yang divaksinkan namun mereka sembuh sangat cepat berbanding yang tak divaksinkan langsung. 

Empat pesakit kami yang dah divaksinkan perlu bantuan pernafasan hanya 3 hingga 4 hari berbanding 2 hingga 3 minggu pesakit lain yang tak sempat menerima vaksin.

Mereka pulih dengan X-ray dada yang bersih. Berbanding dengan majoriti yang rabak paru-parunya. Belum masuk yang dah meninggal.

Jumlah pesakit di ICU kami masih ramai. Hasil sebulan lepas punya kemasukan. Jumlah mereka yang BID (Board In Death) pun masih ramai. Kita belum lagi menang.

Tak sabar nak jadi macam Sarawak. Di sana pesakit Covid kritikal di ICU hanya 3 orang. Sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka.

Baca juga:   Baki 8 rakyat Malaysia sedang dibawa keluar dari Ukraine - PM

Kita berusaha dan bertawakkal. InsyaAllah vaccine works! Slowly but surely. – Edisi 9

Terkini

KJ umum tambah baik fasiliti kesihatan di KK Dengkil

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengadakan lawatan dan pemeriksaan mengejut ke Klinik Kesihatan Dengkil di Sepang, Selangor, hari...

Lagi Artikel Berkaitan