26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Dilantik menteri, Mahdzir tidak terima sebarang makluman

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan khabar angin berhubung pelantikan beliau sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli yang baharu.

Menurut Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu, beliau tidak menerima sebarang makluman mengenai perkara itu yang tersebar sejak semalam.

“Saya tidak ada menerima sebarang makluman mengenai berita yang disebarkan sejak semalam,” katanya menerusi ciapan di twitternya hari ini.

Beliau mengulas laporan media hari yang memetik sumber bahawa Naib Presiden UMNO itu akan dilantikan menggantikan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah yang meletakkan jawatannya semalam.

Sumber tersebut dipetik sebagai berkata, Mahdzir yang pernah memegang beberapa portfolio dalam Kabinet kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini merupakan seorang yang mempunyai pengalaman luas.

Mahdzir sebelum ini pernah menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dari Mei 2013 hingga Julai 2015, sebelum memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan sehingga 2018.

Beliau juga adalah bekas Menteri Besar Kedah dari Disember 2005 hingga Mac 2008.

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM), Mahdzir pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pembangunan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), selain Timbalan Pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan.

Shamsul Anuar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli petang semalam, sejurus keputusan Majlis Tertinggi UMNO menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Maka, sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan