26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Laut China Selatan mesti kekal aman, stabil

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Semua pihak mesti terus bekerjasama untuk memastikan Laut China Selatan kekal sebagai perairan yang aman dan stabil.

Penegasan itu dinyatakan oleh Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN – Amerika Syarikat (AMM-AS) yang berlangsung secara maya, pagi tadi.

“Malaysia tegas, kestabilan serantau amat penting bagi setiap negara apatah lagi di era pandemik yang serba mencabar ini,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

AMM-AS adalah antara siri mesyuarat semasa berlangsungnya Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-54 (AMM) dengan Hishammuddin mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat maya itu dari Putrajaya.

Mesyuarat itu dihadiri menteri-menteri luar ASEAN dan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.

Tambah Hishammuddin, Malaysia turut menggesa komuniti antarabangsa agarterus melaksanakan pendekatan serius bagi mencari penyelesaian berpanjangan dalam isu Palestin-Israel.

“Di pihak Malaysia, sokongan terhadap Palestin tidak akan berganjak dan akan terus membantu terutama dari sudut kemanusiaan dan pembangunan semula Gaza,” jelasnya.

Advertisements

Beliau turut menyuarakan pendirian Malaysia bahawa jenayah rentas sempadan bukan masalah yang boleh diselesaikan sendiri oleh mana-mana pihak.

“Ia perlukan kerjasama bersepadu antara negara. Dalam konteks ini, ASEAN-AS mesti terus berkongsi tekad untuk menanganinya secara lebih efektif,” katanya.

Hishammuddin Hussein mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-Australia bersama rakan sejawatannya dari Australia, Maurice Payne, hari ini. – Gambar: Facebook

Sementara itu, Hishammuddin turut mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-Australia bersama rakan sejawatannya dari Australia, Maurice Payne, hari ini.

Menurut beliau, kesihatan mental merupakan antara yang menjadi fokus utama perbincangan di mana ASEAN mengulangi pendirian untuk terus bekerjasama rapat dengan Australia melalui perkongsian maklumat dan pendekatan terbaik dalam menangani masalah ini serta kesan-kesan lain akibat COVID-19.

“Selain itu, kepentingan ekonomi turut diperhalusi di mana ASEAN-Australia saling berkongsi tekad untuk meningkatkan lagi usahasama, bukan sahaja untuk kekal sebagai rakan kongsi perdagangan yang signifikan tetapi juga saling membantu demi memulihkan ekonomi di era pasca pandemik.

“Dalam pada itu, perkara berkaitan Laut China Selatan dan Semenanjung Korea turut dibincang secara konstruktif. Terima kasih Australia!” jelasnya.

Malaysia merupakan negara penyelaras Dialog ASEAN-Australia. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan