33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Bekas menteri dituduh bawah AMLATFPUAA esok

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Seorang bekas menteri dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, esok, bagi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Memetik laporan BH Online, sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, dua pertuduhan dijangka dibacakan terhadap bekas menteri yang juga Ahli Parlimen itu melibatkan pertuduhan dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu.

“Pertuduhan di Johor Bahru ini adalah pertuduhan AMLATFPUAA yang berkaitan dengan pertuduhan predikat yang sudah dibacakan di Kuala Lumpur,” katanya kepada BH, hari ini.

SPRM hari ini turut mengedarkan jemputan liputan media memaklumkan seorang Ahli Parlimen akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pagi esok.

Ia berikutan SPRM sudah mendapat arahan bagi meneruskan pendakwaan kes berkenaan.

Walau bagaimanapun, identiti sebenar pemimpin terbabit masih belum diketahui.

Baca juga:   Shebby meninggal dunia akibat serangan jantung

Wartawan

Terkini

Pusat Sains perkenal ‘Tiket Rahmah’

PUSAT Sains Negara mengambil inisiatif memperkenalkan harga tiket masuk yang lebih murah dikenali sebagai 'Tiket Rahmah' bermula hari ini...

Lagi Artikel Berkaitan