25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Coway Malaysia percepat vaksinasi 10,000 kakitangan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Susulan peningkatan kes COVID -19 melonjak secara mendadak, Coway Malaysia mengambil inisiatif untuk mempercepatkan proses vaksinasi seramai hampir 10,000 kakitangannya yang belum mendapat vaksin di bawah Program Imusinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Mereka terdiri daripada Coway Ladies (Codys), juruteknik servis, juruteknik Coway, perancang kesihatan, juruteknik Homecare dan kakitangan di ibu pejabat.

Program ini bertujuan untuk melindungi 22,000 kakitangannya di seluruh negara, demi kesejahteraan dan keselamatan mereka.

Program berkenaan adalah sebahagian daripada Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).

Menurut Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi, pihaknya mengutamakan ‘Cowayians’ kerana mereka adalah tonggak organisasi berkenaan, selain bersedia mengambil langkah yang diperlukan untuk memastikan mereka menerima vaksin yang sewajarnya.

Advertisements

“Sebagai sebuah organisasi yang mempercayai persekitaran lebih sihat, demi negara yang sejahtera, kami bangga menjadi sebahagian daripada PIKAS, demi kesejahteraan masyarakat, selain menyokong matlamat kerajaan untuk mencapai imuniti berkelompok secepat mungkin.”

“Dengan mempercepatkan vaksinasi ‘Cowayians’, kami juga menjaga kesejahteraan pelanggan. Ini kerana tanpa disedari, sebahagian kakitangan Coway adalah ‘petugas barisan hadapan’, terutamanya mereka yang menjalankan servis produk Coway dari rumah ke rumah.

“Dengan usaha imunisasi ini, keselamatan pelanggan juga turut terjamin,” katanya dalam kenyataan media.

Sehubungan itu, seramai 2,400 kakitangan Coway di sekitar Lembah Klang telah menerima vaksin di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), dari 25 hingga 27 Julai lalu.

Selain itu, seramai 15 kakitangan Coway turut terlibat sebagai sukarelawan bagi membantu proses vaksinasi di lokasi berkenaan. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan