25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lembah Klang hampiri 100% dos pertama populasi dewasa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lembah Klang terus merekodkan pertambahan pemberian vaksin tertinggi dan melebihi 50 peratus bagi dos pertama populasi dewasa dengan 98.4 peratus dan semakin menghampiri 100 peratus berdasarkan kepada jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat semalam.

Ia membabitkan jumlah penerima seramai 6,066,032 individu menerima suntikan pertama, manakala seramai 2,676,746 individu menerima suntikan kedua.

Diikuti, Labuan dengan 95.5 peratus dos pertama populasi dewasa; Sarawak (85.3 peratus); Negeri Sembilan (75.6 peratus); Perlis (64.6 peratus) dan Pulau Pinang (60.0 peratus).

Maklumat itu dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi laporan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat 4 Ogos 2021 pada pukul 11.59 malam.

Bagaimanapun, tujuh negeri masih merekodkan pemberian vaksin kurang daripada 50 peratus bagi dos pertama populasi dewasa dan paling terendah adalah Sabah dengan 35.4 peratus.

Advertisements

Sehingga kini,  seramai 7,704,996 individu telah menerima dos kedua, manakala seramai 14,941,585 menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan kumulatif pemberian dos vaksin kini mencecah 22,646,581 dos.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan, semalam sahaja, sejumlah 494,214 dos vaksin harian telah diberikan kepada penerima.

Laporan harian pemberian dos vaksin setakat 4 Ogos 2021

“Daripada jumlah itu, seramai 230,053 individu telah menerima dos pertama manakala, seramai 264,161 individu menerima dos kedua, sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Dalam pada itu, Selangor terus mencatatkan pemberian dos vaksin harian tertinggi dengan sejumlah 26,753 dos pertama manakala, 83,204 dos kedua.

Diikuti, Kuala Lumpur dengan sejumlah 8,164 dos pertama, manakala sebanyak 45,473 bagi dos kedua. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan