29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Forum Antarabangsa Kerjasama Vaksin bincang isu monopoli

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUTRAJAYA – Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengetengahkan isu monopoli vaksin dan menekankan kepentingan pengagihan vaksin secara saksama pada mesyuarat pertama Forum Antarabangsa Kerjasama Vaksin malam ini.

Memetik laporan Bernama, forum anjuran Kementerian Luar China secara dalam talian itu akan menumpukan kepada usaha peningkatan kapasiti pengeluaran vaksin dan kerjasama teknologi vaksin agar ia lebih mudah diperoleh pada harga berpatutan oleh negara-negara membangun, bagi memerangi pandemik COVID-19.

Menurut kenyataan Wisma Putra, Hishammuddin juga akan menyentuh mengenai keperluan segera untuk semua negara mendapat akses bagi perolehan vaksin kerana ia adalah kaedah terbaik menangani pandemik ini.

Forum itu dipengerusikan Penasihat Negara dan Menteri Luar China , Wang Yi dan satu kenyataan bersama akan dikeluarkan bagi mempamerkan kesatuan serta komitmen teguh negara-negara peserta dalam memerangi pandemik COVID-19 melalui kerjasama vaksin antarabangsa.

Pada 18 November 2020, Malaysia dan China telah memeterai Perjanjian Kerjasama Pembangunan dan Akses Vaksin bagi membolehkan Malaysia membeli vaksin buatan China dan memulakan kolaborasi teknikal dalam teknologi pembangunan vaksin , terutamanya bagi aspek persijilan halal.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan