31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Lelongan Paint Your dUCK sokong petugas perubatan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Menyedari peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di seluruh negara, kumpulan dUCK menganjurkan kempen lelongan Paint Your Duck bagi menyokong barisan petugas perubatan yang bertungkus lumus menangani pandemik ini, selain membantu meringankan penderitaan pesakit.

Syarikat tersebut menyumbangkan sejumlah dana untuk membeli peralatan perubatan, seperti tangki oksigen, bagi kegunaan petugas perubatan dan sukarelawan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak.

Menariknya, inisiatif ini turut melibatkan pelanggan dalam usaha mengumpul dana menerusi jualan lelong ‘Paint Your dUCK’, yang berlangsung dari 20 hingga 27 Julai lalu, di laman sesawang www.getducked.com.

Peserta peraduan perlu memaparkan lukisan di permukaan kotak ungu di laman sesawang dUCK untuk dibeli oleh pihak yang berminat, bagi tujuan amal.

paint your duck
Gambar: dUCK

Lelongan ini berjaya menarik 150 penyertaan, yang menghasilkan 483 lukisan unik untuk dijual.

Menurut Ketua Pegawai Kreatif dan Pengasas Bersama Kumpulan dUCK, Vivy Yusof, dalam usaha mengumpul dana, beliau ingin melakukan sesuatu yang menyeronokkan, dan secara tidak langsung melibatkan masyarakat.

Pada masa yang sama, beliau turut kagum dengan bakat dan kreativiti yang ditonjolkan oleh pelanggan.

“Ia boleh menjadi sesuatu yang lebih besar, dalam masa sama digunakan untuk tujuan murni.

“Dengan itu mereka boleh berbangga kerana terlibat sama dalam usaha ini melalui hasil seni,” katanya dalam kenyataan media.

Baca juga:   UMNO Kelantan bertegas putus hubungan dengan PPBM
Baca juga:   UMNO Kelantan bertegas putus hubungan dengan PPBM

Sementara itu, Pengurus Projek Lelongan dUCK, Khadijah Mat Piah pula berkata, sambutan yang diterima begitu luar biasa.

“Sebahagiannya adalah pelukis profesional. Bahkan ada yang menghasilkan sehingga empat buah karya,” jelasnya.

paint your duck
Gambar: dUCK

Usaha yang ditunjukkan untuk tujuan amal itu benar-benar menyentuh hati, membuatkan beliau berbangga menjadi sebahagian komuniti tersebut.

Selain lelongan ‘Paint Your dUCK’, pihaknya turut bekerjasama dengan Art Battalion, dengan melancarkan ‘Hope by Art Battalion’, bagi menyokong industri seni lukis yang turut terkesan ekoran pandemik ini.

Mereka terdiri daripada pelukis mural profesional yang telah menghasilkan lebih dari 500 karya di seluruh negara.

Justeru, dUCK bekerjasama dengan 22 pelukis mural yang mencipta 107 beg membeli belah lukisan tangan yang unik.

Koleksi yang dilancarkan pada 17 Julai lalu habis dijual dalam masa tiga minit.

Pun begitu usaha dan komitmen dUCK tidak berakhir di situ. Sebagai tanda sokongan terhadap golongan yang memerlukan, Kumpulan dUCK juga bergabung dengan MyFundAction untuk melancarkan dana kecemasan bagi mengumpul sebanyak RM500,000, bagi menyalurkan makanan kepada keluarga yang kehilangan sumber pendapatan.

Bukan itu sahaja, kerjasama turut dijalinkan bersama Viva Palestina Malaysia (VPM), bagi membekalkan keperluan perubatan dan keperluan kritikal di Palestin, selain menyumbang kepada rumah orang tua di seluruh Malaysia sempena sambutan hari raya pada tahun ini. – EDISI 9

Baca juga:   Kes naik mendadak, HPKK UKM pula dijadikan hospital Covid-19
Baca juga:   8,290 kes baharu COVID-19! Patutkah kita berasa bimbang?

Wartawan

Terkini

Selepas Syamsul fail nusyuz, Puteri Sarah pula mohon hadanah

PUTERI Sarah akan memfailkan Hadanah iaitu hak jagaan dua anaknya di Kompleks Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur, hari ini. Difahamkan, Puteri Sarah Liyana...

Lagi Artikel Berkaitan